Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Assalammualaikum wbt

Ramai orang di laman sosial memperkatakan tentang 12.12.12
Biasa nyer ble tarikh2 menarik ni mesti ada orang melangsungkan perkahwinan, pertunangan, birthday etc

Ana pun tak nak kalah jugaklah kan..
12.12.12 jugak tarikh istimewa yang seharusnya meninggalkan memori indah dalam hidup ana lagi2 tahun ni Insya-Allah merupakan tahun terakhir ana di bumi sakura ni..
Namun!
Namun!
Bukan kenangan yang indah bagi ana..
Tiada yang istimewa berlaku sepanjang hari ni KECUALI..
Hari ini ana ada mid-term project presentation @ 中間発表

Malam semalam 1st time ana rasa seolah2 ana tak tidur pun, ana dapat rasakan otak ana dok bergerak, berfungsi dok pikirkan apa yang patut ana cakap masa presentation, susun ayat, sebab ana kena present dalam bahasa Jepun!!

Ana rasa ana dah wat persediaan untuk soalan ramalan dan jawapan 
Senior yang kena jaga ana tu pun banyak sangat dah membantu..
(selamatlah minggu ni mood dia baik sebab thesis dia dah siap tulis)

Memandangkan susunan presenter ikut turutan nama, jadi ada jadi orang ke-2 akhir daripada 8 orang 4th year students, menunggu tu lama sangat walaupun dapat prektis dalam hati lagi lama berbanding orang lain..
Berbekalkan semangat, "dulu aku pemidato sekolah kena cakap depan orang yang tak kenal lepas tu spontan plak tu,masa tu baru 16,17 tahun.. ni kan pulak umur nak masuk 23 tahun, depan orang yang dikenali... suppose to be no hal lah!"(poyo sangat! LOL) ana jadi kurang nervous bila sampai giliran ana..
Tapi dalam hati "OMG apa yang aku merepek ni!! nape aku cakap macam bullet train, laju nak m*mp*s!!!" tapi kat mulut pot pet cakap bahasa Jepun, present perkara yang patut dibentangkan..
"以上発表終わります。" terus pandang kat senior yang jaga ana tu, dia tengah potpet ngan senior kat sebelah dia seolah-olah tengah cakap "apalaaaaa budak hana ni merepek ni..
oops! lupa nak cakap presentation 10min, sesi soal jawab 10min and it seems ana punyer presentation juz took 7min 25sec! OMG more time for Q&A!!
Time ni lah ana hancur!!
rasa macam nak jerit jer!!!
sebelum ni kalau present kat forum, discussion, senpai tolong jawabkan kalau ana tak dapat jawab, kadang2 tu even sensei yang jaga ana tu yang jawab..
sebab kali ni mid-term presentation kan jadi kene jawab sendiri lah..
I thought nak ngelat lah kan, suruh orang yang tanya tu repeat soalan berkali2 sampai ana paham, ternyata agak tak berjaya jugak sebab ana memang tak paham! so, bukan nak ngelat LOL jadi jawapan ana pun merapu! sampai ada senior yang macam "hemmm.. unnnn... oklah faham" sebab malas nak bagi ana paham soalan supaya dia boleh berpuas hati dengan jawapan ana..
That one really made me frustrated!!!
Ana memang nak cuba jawab soalan dengan baik, tapi...
Memang ana tak dapat jalani sesi Q&A dengan baik..
Soalan daripada audience aka seniors and kawan2 pun sedikit berbanding orang lain punya presentation sampai senior yang sama group ngan ana terpaksa pikir soalan untuk tanya ana!

Ana sangat frust, nak nangis je tapi tak kuar air mata..
Dalam hati memang cam terbuku, so ana memang nak lepaskan sangat2 jadi lepas habis sume tu ana telefon ibu, secara automatik terus mengalir air mata hahahahahahaha

Lagi satu bila ana stress, nak lepaskan tension, ana suka cari COKLAT untuk makan 
Hari ni ana makan banyak giler rasa macam berat yang dah turun sebab berminggu2 busy sampai tak sempat makan terus naik dalam masa tak sampai sehari!!!! LOL

So...
12.12.12 tetap jadi hari yang memberi kesan dalam hidup ana walaupun bukan lah kenangan yang manis sekarang tetapi mungkin 20,30 tahun lagi akan jadi kenangan terindah ^____^


Embedded image permalink




*p/s:  "dahla tak mau lah sedih2.. ibu bangga dengan ana sebab ana kena cakap dalam bahsa Jepun, bukan senang, memanglah ana kurang sikit berbanding orang lain sebab ana foreigner.." jadi pengubat kesedihan di saat itu..

No comments:

Post a Comment