Saturday, July 30, 2011

P.A.U C.A.N.T.E.K

Assalammualaikum wbt

Memandangkan ade sorg junior ni request nak blaja wat pau ngan ana...
jadinyer arini ana telah wat pau! ^__^

PAU CANTEK

Bahan2:
500g tepung gandum
1/2 st baking powder
1 st garam
2 sb gula (ikut suka, kalau suka manis tambah lg skit)
1~ 1 1/2 st dry yis
2 sb marjerin
1 1/4 cawan air suam


Inti
terserah ikut kesukaan masing2--> kacang merah/kaya/kentang


Cara2:

  1. masukkan yis + sedikit air suam dalam mangkuk besar, biarkan yis berbuih --> aktif
  2. masukkan marjerin yg dh dibiarkan pd suhu bilik
  3. masukkan tepung sikit2 sambil gaul supaya tepung dan marjerin sebati
  4. masukkan air suam yg telah dilarutkan dgn gula dan garam sikit2
  5. gaul adunan sehingga tak melekat di jari 
  6. biarkan adunan sehingga doh kembang 2x ganda
  7. bentukkkan doh kpd bulatan kecil utk masukkan inti 
  8. biarkan kembang sekali lagi sebelum dikukus
-sebelum dikukus-

-selepas dikukus-

-setelah dimakan separuh- hi5 ^__^

*p/s: ana bagi nama pau ni PAU CANTEK sbb tekstur pau yg ana wat kali ni lebih cantik dpd cubaan pertama ana dulu. pastu ade ke patut Si junior ana tu asyik cakap dia wat lg comel/cantik dpd ana wat.. dah kire lawan cikgu dah ni.. hi5

M.E.L.O.N

Assalammualaikum wbt 

Alhamdulillah done with 10 exam papers ^__^ 
but still hv 1 more report to submit this Monday..
so.......
what the 1st thing I did after my last paper?
I went to MaxValue supermarket, walked around, window shopping and then....




I ate MELON! nyyuuummmyyyy~ very10x delicious!
(I thought more than 10 times before bought it because it's quite expensive!) 

*p/s : short of money~ T__T

Saturday, July 23, 2011

H.A.L.F W.A.Y

Asssalammualaikum wbt

Done with 7 papers
another 3 papers to go..

NOTHING is IMPOSSIBLE but impossible stays LONGER
-credit to zada, my senior-

do the best!
then leave it to Allah coz He has planned the best for us
it's hard not to feel down,regret etc but remember wateva it is, there's always good thing behind it
ALL IS WELL


*p/s : feeling bad bout those exams T__T i'm not doing good enough.. "Ya Allah, i'm hoping that everything gonna be good" 

Saturday, July 16, 2011

15/7/2011

Assalammualaikum wbt

ni gambar sekitar kat 109 cinema..
time ngah tggu nak masuk tgk cite...






 


-walopun gmbr ni blurrr tp nak gak upload! ha5-

*p/s: gambar tak bape cantik last2.. nak blik nyer pasal, dah mlm, jdnyer rushing ckit, malas nak ubah bnde2 yg spatutnyer.. hu5

H.A.R.R.Y P.O.T.T.E.R

Assalammualaikum wbt

15/7/2011
selama 10 tahun membesar bersama...
akhirnya..
tamat sudah..
CAN'T BELIEVE IT!

it was great as the final movie...
lots of actions.. 
lots of emotion..

but then..
punyer lah kecoh psl adegan 'kiss' by Hermione n Ron..
satgi tergelak jer tgk...
tak kene langsung timing... 
(bukan saja2 nak tgk.. tp really tak sangka pat tu plak scene tu nak kua)

kalau dah namenye fan of HP an..
pastu mmg emo lah kan..
sure2 nangis dlm panggung ah beb tgk last movie ni..

the last part..
mcm dlm buku..
scene bila dorg sume dah kawin n dah ade anak..
i thought they gonna change the actors n actresses
but, they don't!
looking at Dan, Rupert, Emma, Tom n others being an adult..
really made me feel like, am i going to be like that also? hi5
tak rase janggal pun tgk watak dewasa dorg 
(myb ana jer kot rase cmtu, tak tawlah org laen kan..)
Dan berjaya bawa watak sbg sorg ayah..
Rupert pun muka mmg dah mcm bapa org...
Tom kureng ckit.......
Emma jd mak yg ske bebel.. 
sume mmg jadiklah.. ^__^

but..
the most memorable character in this film is..
Albus Severus Potter!
he's so handsome! ^__^

selama 10 tahun tgk cite ni..
membesar same2...
(dorg pun mostly lebih kurg sebaya jer)
ape yg betul2 terkesan pada ana adalah..
FRIENDSHIP
LOVE
ikatan kasih sayang mmg tak ternilai lah..
tak kisah lah antara family, sahabat, guru2, etc
susah senang bersama..
akhirnya segala dugaan dapat diharungi dgn jaya nya!


*p/s : dah hbis! T__T  dulu stp 2 thun tggu cite kuar, then hang out ngan geng on the 1st day cite ni kuar.. pastu kumpul buku, beli box set HP.. sedeyh jugak lah..tapi stp yg bermula pasti ada akhirnya~ jadi lepas ni takde alasan takmo study utk final exam keyh!

Tuesday, July 12, 2011

9/7/2011

Assalammualaikum wbt.

9/7/2011
tarikh lahir sape plak ni..?
ade org sambut Anniversary time ni?
tarikh spesel for anybody ker?

Tarikh tu lah tarikh penting yg mungkin menjadi titik tolak nyer perubahan Malaysia di masa akan datang...
BERSIH 2.0 telah dijalankan pada tarikh tu..

Ada ape ngan BERSIH tu?
Dengan jujurnya ana ngaku yg ana tak amik taw sgt psl benda ni..
takdelah membaca ape2 sotkabar online ke, tgk brite mcm2 chanel ke...
tapi adelah tgk vdeo kt youtube skit2...

macam2 aksi yg leyh dilihat time perhimpunan tu berlaku..
lagi dahsyat lah dpd aksi dlm KL GANGSTER


SEDIH  mengalir air mata, bercucuran jatuh macam air hujan.. melihat seorg anak meratapi apa yg berlaku ke atas ayahanda tercinta
MARAH bile melihat ade golongan yg tidak berupaya dilayan teruk sebegitu rupa
KECEWA dengan sikap pihak berkuasa yg mcm GANGSTER

ada pihak yg boleyh lagi berlagak, mendabik dada dgn bangga bila berlakunya perkara ini
ada pihak tidak mampu menangkis persoalan yg dkemukakann oleh pihak antarabangsa dengan baik
ada pihak yg menunding jari ke arah org lain
ada pihak yg mungkin ada rancangan tersirat disebalik sume ini

dunia pernah melihat kehebatan MALAYSIA
dunia pernah mengkagumi pembangunan MALAYSIA
dunia pernah melihat MALAYSIA sebagai negara contoh
kini..
adakah dunia masih melihat MALAYSIA dgn wajah yg sama?
pasti ada pihak yg bertepuk tangan kegirangan melihat apa yg berlaku..
pasti ada pihak yg mengatur strategi utk menakuk di air yg keruh

sangat mengecewakan dengan apa yg telah berlaku..
di mana MALAYSIA ku yg terkenal dgn KEAMANAN nya..
generasi yg akan datang masih dapatkah menikmati KEHARMONIAN MALAYSIA yg penah kita same2 rasai..

KEBENARAN memang wajib diutarakan.. 
KEBATILAN mmg wajib dibanteras..
utk menegakkan sume itu mmg perlukan PENGORBANAN..
namun... 
jika PENGORBANAN itu menyebabkan kepada KEMUSNAHAN.. 
tiadakah jalan lain utk menyelesaikannya?

wahai anak bangsa MALAYSIA jika kamu inginkan KEBENARAN maka haruslah kamu MENCARI dari pelbagai sumber.. BUKAN dgn hanya mengikut kata org seperti lembu dicucuk hidungnya..jika apa2 yg dilakukan atas dasar kefahaman barulah sesuatu perjuangan itu bermakna.. 

"YA ALLAH SELAMATKANLAH MALAYSIA DARI SEGALA ANASIR YANG TIDAK BAIK"

*p/s: ana tidak menyokong atau membangkang mana2 pihak.. hanya sekadar luahan rasa.. terimbas kembali vdeo yg pernah dilihat semasa kem BTN.. tidak menyangka itu menjadi realiti~

Sunday, July 10, 2011

N.I.A.T -- > K.E.B.A.I.K.A.N & K.E.B.U.R.U.K.A.N

Assalammualaikum wbt

A : "Lapaq nya~ dah sehari aku tak makan.. duit takderlah plak nak bli mknn... T__T cam sedap jer aku tgk ayam goreng kat ats meja tu.. aku rembat jerlah, bukan ade org punyer kot tu..."

B : " hemmmm.. sok nak pose sunat Isnin lah.." "aaalllaaaaaaahhhaiiii~ tak terbangun plak pg td nak sahur, maw dtg gastrik ni klu cmni..."

C : "kesian tgk Pakcik tu, buta... meh aku nak gi tlg dia lah melintas jln...."

D : "nak tiru ker taknak jwpn Minah depan ni?? free2 jer aku nmpk jwpn dia.. iisshhh xleyh2 mne leyh tiru, sat gi jwpn dia bkn btul pun... k2 aku ttp ngan pendirian aku!"

kalau dibaca dialog2 yg tak seberapa kat ats tu.. agk2nyer  ape yg boleh disimpulkan? Adakah dosa / pahala yg diperoleh dorg? sedangkan sume itu hanya terdetik sekejap di hati.. 

-> dah sure2 la A tu berdosa! mencurik~ kene potong tangan ni.. 
-> alaaaaahhh si B tu alasaaaaannn~
-> baikkkknyer lah si C tu kan.. byk pahala dia ^__^
-> bguslah D! wa tabik sama lu lah sbb lu tak tiru pun dlm exam~

siapa kita, hamba Allah yg hina, cetek pengetahuan utk menilai sume itu..
Allah memberi Rahmat-Nya kepada hamba2-Nya.. 
Allah yg Maha Bijaksana utk mengadili segala2nya~

Dari Abdullah bin Abbas bin Abdul Muthalib radiallahu'anhuma dari Rasullullah s.a.w dalam suatu huraian yg dceritakan dr Tuhannya Tabaraka wa Ta'ala (Hadis Qudsi) bersabda :

" Sesungguhnya Allah Ta'ala itu mencatat semua kebaikan dan keburukan,kemudian menerangkan yg sedemikian itu-iaitu mana2 yg tmasuk hasanah (kebaikan) dan mana2 yg tmasuk sayyiah (keburukan).
   Maka barangsiapa yang berkehendak mengerjakan KEBAIKAN, kemudian TIDAK jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah yg Maha Suci dan Tinggi sebagai suatu kebaikan yang sempurna disisi-Nya, dan barangsiapa berkehendak melakukan kebaikan itu, kemudian JADI melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah sbg 10 kebaikan disisi-Nya,smpi menjadi 700x lipat, bahkan dapat smpi menjadi berganda-ganda yg amat byk sekali.
   Selanjutnya barangsiapa yg berkehendak mengerjakan KEBURUKAN kemudian TIDAK jadi melakukannya maka dicatat oleh Allah sbg suatu kebaikan yg sempurna disisi-Nya dan barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan kemudian itu JADI melakukannya, maka dicatat oleh Allah sbg suatu keburukan saja disisi-Nya." (Muttafaq 'alaih)

*p/s : Besar kan kasih sayang Allah pada hambaNya ^___^ berniat jer nak wat baik pun dh dpt phla, klu wat?? uuiishhh berlipat2 kali ganda.. tapi syaitan sentiasa nak cucuk2 kita utk wat keburukan.. kita berdoa pada Allah agr kita tidak mudah terpedaya ngan godaan Syaitan.. beristighfar byk2 jika terlintas dlm ati nak wat keburukan.. mudah2n kita tak terjerumus melakukan keburukan ^__^

Monday, July 4, 2011

A.N.A.K

Assalammualaikum wbt


Zaman persekolahan di SMKA SHAMS dulu, setiap hari Isnin ada perhimpunan beramai-ramai.
Masa ni lah kami warga SHAMS mmg akan dengar dialog wajib pengetua...
"ANAK YANG BAIK ADALAH......."
kami2 sume akan menjawab
"ANAK YANG MENDENGAR KATA!"
dulu memang rasa annoying nak jawab sebab kena jawab berulang-ulang.
Tapi....


Sekarang bila dah dewasa (dewasa ker?) kata2 itulah yang tersemat dalam hati dan dibawa ke mana2 even skrg merantau di negara orang.
Sangat besar maknanyer.. Terima Kasih Ustazah Khuzaimah ^__^


Namun, bukan setakat mendengar kata sahaja kita jadi anak yang baik...


Anak yang baik juga...


Selalu membuatkan hati parents kita tenang dan gembira dengan keberadaan kita.
- ”Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan- Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya” (An-Nisa' : 36)

Menjaga tingkah laku baik dihadapan parents mahupun jauh dari pandangan mereka. 
 -sesungguhnya Ayah lah yang akan menanggung dosa anak2nya esp yg  perempuan. Jadi bila nak wat sesuatu kita pikirlah sama ada perbuatan kita itu akan mendatangkan kebaikan utk parents kita ke sebaliknyer.
 -jika kita wat ibu kita menangis walau setitik air mata yang keluar, jadi anak derhaka lah kita.. nauzubillah..lainlah kalau tangisan itu adalah tangisan kegembiraan atas kejayaan yang kita peroleh.


Sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan parents baik di dunia mahupun di akhirat.
 -sesungguhnya doa anak yang soleh dan solehah sangatlah berharga buat parents. 
  Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."


Tidak mengatakan 'ah' lagikan mengherdik parents kita. kalau tak.. tak bau syurga lah nampaknyer~
 - “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” . (Al-Isra' : 23,24)


Mentaati mereka selagi mana tidak bercanggah dengan syariat. 


Mengasihi dan menyayangi mereka seperti mana mereka melakukan perkara yang sama kepada kita.




.......
dan tentulah banyak perkara lagi yang patut kita wat kerana tanggungjawab kita sebagai anak. Redha Allah datang sekiranya parents kita meredhai kita. (tak ingat ayat mane dalam Al-Quran, kalau ana dah jumpa nnti ana update) bukan hanya ketika parents kita masih hidup sahaja kita perlu jadi anak yang baik, lebih2 lagi jika orang yang kita sayangi itu tiada lagi disisi.


*p/s: wallahualam. rujukan yg lebih lanjut sila carik di laman2 web yg lebih sahih.







Sunday, July 3, 2011

P.E.N.G.A.T

Assalammualaikum wbt

^___^
T___T
*___*
>___<

tak name kehidupan lah kalau takde those xpression..

**********
k2 xde kaitan pun ngan xpression di atas..
sebenarnye nak cite pasal PENGAT
wanna share with u guys my recipe a.k.a my ibu's 
simplest PENGAT I suppose..

Bahan2:
Tepung gandum 3 s/b
Pisang 2 biji
gula 1 senduk (kalau nak manis lagi buh lg)
gula merah 2s/b
garam 1s/t
santan 400ml
air 500 ml
daun pandan 
(bahan2 kat atas ni anggaran aje, sbb time wat ana maen agak2)


Cara2:

  1. Bancuh tepung gandum+secubit garam ngan sikit air sehingga jadi adunan nak wat cekodok.
  2. Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan.
  3. Masukkan tepung yang dibancuh sikit demi sedikit macam nak goreng cekodok.
  4. Masukkan daun pandan, gula+gula merah dan garam.
  5. Bila gula semua dah larut, masukkan pisang + santan sambil kacau.
  6. Biarkan sehingga mendidih kemudian tutup api.



taaarrraaaaa!
dah siap pun....


*p/s: ana suke masak.. tapi sumenye masakan Melayu.. sorry lah ek.. ana lidah Melayu, kalau nak yg Western2 tggulah kalau ana kawin ngan mat salleh or org yg ske mkn western baru wat..hihiihihihihii (harap2 dpt jodoh org Melayu jer.. senang..)

Saturday, July 2, 2011

A.Y.A.M G.O.R.E.N.G

Assalammualaikum wbt

dinner arini NASI LEMAK AYAM GORENG.
cam sedap tak bunyinyer??! hihihihhi
-nasi lemak nye terlupa plak nak amik gmbrnyer.. hihihihihi-

weeww~
kenyang perut! Alhamdulillah...

AYAM GORENG ni ana ikut resipi ibu..
n ana rase ceeddaapp~ xtaw la orang laen yg makan td rase ape... 
(bunyi cam puji mskn sendiri plak... hihihihi.. tp siyesly bukan bermaksud begitu okeyh~)


Bahan2 : 
Ayam seekor 1kg
Kunyit hidup 1/2 inci
halia 1 inci
bawang putih 3 ulas
serbuk kunyit 1~2 s/t
garam secukupnya.


Cara2 : 

  1. Kunyit hidup, bawang putih, halia ditumbuk sehingga lumat.
  2. Lumurkan bahan yang ditumbuk, serbuk kunyit, garam dengan ayam yang telah dipotong.
  3. Perap ayam lebih kurang 2 jam (lg lame lg sedap)





*p/s : i love cooking! (aissh bunyi dah mcm bukan ana dah ni..) memasak wat ana rase puas hati esp bila orang yang ana jamu tu kenyang makan, berpuas hati ngan masakan ana (padahal masak bukan sedap pun.. xde la sampai menjilat jari...hihihihihi)