Thursday, October 9, 2014

Hantaran Tunang

Assalammualaikum wbt...

Hari ni nak cerita pasal persiapan buat hantaran untuk tunang haritu...
Resit haritu dah beriya simpan tapi akhirnya sebab dah lama sangat hilang ntah kemana...
Jadi ana akan mention mana harga yang ana ingat je lah eh..
Tapi yang pentingnya hari tu, barang untuk hiasan je lebih kurang RM200

1. Alas / Bantal bawah dulang (dulang rendah)
 Barang yang diperlukan :
a) Gabus (1 biji RM 5.60 +-)
b) Pembalut kertas (1 helai RM1.00 +-)
c) Kerawang emas (4 keping RM3.90 +-)
d) Glue gun


2. Raga / bakul
ada kaler putih / hitam
haritu beli masa sale, 3biji RM10 









3. Bunga hiasan, reben, kertas tisu, dawai halus

a) Bunga hiasan emas marmalade (1 jambak ada 4 tangkai RM2.90)
b) Bunga hiasan putih kecil ( 1 jambak RM2.50)
c) Reben emas
d) Reben purple 
e) Kertas tisu (1helai RM0.80)
f) Dawai halus pengikat bunga pada raga 





4. Dulang kecil , alas dulang

a) Dulang rendah ibu beli masa makcik kawen dulu
b) Alas dulang (1 helai RM1.80+-)









5. Hantaran ana yang sudah siap ana gubah



















*p/s : ebelum buat hantaran godek bermacam2 sumber, instagram la, google la, youtube la utk cari idea nak buat gubahan macam mana, last2 jadi simple je... lepas ni utk nikah nanti nak kena perah idea lagi sekali tapi kebanyakkan guna barang recycle blik masa tunang....jimaaaaaaat

Sunday, August 24, 2014

E.N.G.A.G.E.M.E.N.T

Assalammualaikum....

Fuuuuhhhh..
Fuuuuhhhhhh....
Berhabuk dah blog ni... hihi
Nak kata sibuk sangat tu takdelah sibuk sangat..
Nak kata takde cerita nak update pun tak jugak...
Sebenarnya........
MALAS (^_^) 

So.....
Update terbaru adalaaaaaaaah.......
SAYA DAH JADI TUNANGAN ORANG!!!!!

Percaya tak percaya..
Sedar tak sedar..
Akhirnya saya telah bertukar status....
Walaupun dah hampir sebulan tapi saya masih tak biasa lagi dengan status baru..
Yela...
Masa single mingle boleh nak wat apa suka hati je, sibukkan diri dengan macam2 perkara...
Masa berkawan pun buat kepala sendiri jugak, masih tak lepaskan tabiat suka sibukkan diri...
Masa dah jadi tunangan orang, sama jugak tak berubah...
Masih tak boleh nak seimbangkan kehidupan kerjaya dan kehidupan peribadi...
Mana tak selalu jadi perbalahan selalu..
*sigh*

Perubahan lagi satu...
Masih tak dapat nak biasakan diri...
Terlupa sekarang ni bukan ada satu keluarga je..
Sekarang dah kena belajar biasakan diri ada dua keluarga...
Yela..
Jadi tunang dah separuh jalan nak kahwin..
Bila kahwin kan keluarga si dia adalah keluarga kita jugak..

Cukuplah dulu cerita pasal perubahan...
Nak cerita pulak la pasal masa hari bersejarah yang pertama....
Hari Pertunangan....

Setelah pelbagai cabaran dan dugaan yang dilalui sebelum ini...
Alhamdulillah....
Saya telah bertunang pada raya ke-4 iaitu 31.7.2014

Memang tipu kalau kata tak berdebar, tak tentu arah...
Bila dah hati tak menentu..
Apa orang cakap pun malas nak pikir, terserah la apa orang nak buat janji sumenya OK
Contohnya:
1) Baju tunang simple sangat, nak bubuh manik la apa la... terserah bagi kat sepupu nak wat ape...
2) Pelamin mini.. terserah la kat sepupu nak set up macam mana, nak arrange macam mana..
3) Make up.. up to u la janji saya taknak 
yang lain2 sumenya parents yang uruskan...
Apa yang saya tahu saya wat barang hantaran je....
(Nanti saya cerita berapa kos, macam mana buat etc)

Pada harinya...
Saya tak dengar la apa perbicangan antara 2 keluarga sebab saya duduk dalam bilik menunggu sambil bergambar dan berdandan hihi
*Tok Tok TOK*
Ok pintu dah diketuk, nama saya pun dipanggil untuk keluar...
Masa tu saya tak ingat dah siapa yang bawak saya ke arah pelamin etc
Pastu ibu si dia pun datang nak menyarung cincin..
Ini pun satu hal, saya tak tahu macam mana sepatutnya cincin dipakai, jari mana etc
Kami pun wat tak taw sarung je hahaha
Dah sudah tu, si dia pulak dipanggil masuk...
Kononnya nak pastikan tak salah orang la.. 
Camtu pun boleh kan??? hihi
Kita yang ada kat pelamin ni dah tak keruan, tak sabar nak turun sebab MALU orang tengok...
(omaigod Omaigod OMAIGOD!!!)
Pastu diorang2 ni suh bergambar plak dengan si dia...
HADOILAAAAA...
Masing2 cam gelabah tak taw nak bagi reaksi macam mana...
*Flash Flash Kacak Kacak*
Rasa macam ghetis pusing sana, kalih sini menghadap kamera, sengih nampak gigi...
Tak berakhir disitu je..
Sambung lagi dengan bergambar ngan keluarga belah si dia, belah saya..
Kemudian mereka2 tetamu2 semua pergi menjamu selera di khemah kat luar...

PUUFFF!!
In a split second!
Saya dah jadi tunang orang...
Ada jugak orang nak kat saya... 
Itu je la cerita setakat ni...
Next persiapan untuk tukar status sekali lagi....













*P/S : Diharapkan doa buat kami adalah yang terbaik, semoga kami kekal hingga ke syurga....
Amin.

Thursday, January 30, 2014

HAPPIEST 24TH BIRTHDAY

Assalammualaikum wbt

17 December 2013 - full of surprises!!!

After 4 years celebrated by making your own birthday cake, this year, my birthday was full of surprises!!!

Since this year, I am not a student any more, my birthday was celebrated a bit different from previous years; celebrated with friends at work place; was a great experience for me.

Started with a present from my love... He gave me a bit early but it's ok ^_^

Then, a surprise party from friends...
Seriously, when they did the discussion? when they bought all the food?  
I was about to cry, but no tear came out.. 
Thank you very much to all of them!! And of course to the person who organized the party ^_^



Above all, this one really2 surprise me!!!
While eating, my friend said "look! there's flower coming..." 
then a guard came with a bouquet of flower..
no card, no name, no info at all... 
didn't know who's the one gave me the flowers... 
and sure enough not from him T_T

Below, gifts from friends and the note was from my section head ^_^ 





*p/s : My family forgot my birthday T_T but thanks to my love and friends who celebrated my birthday...