Seorang pelakon TANPA BAKAT dia kaku
Seorang penyanyi TANPA BAKAT dia sumbang
Seorang Pendakwah TANPA BAKAT penyampaian tak terkesan
Seorang Arkitek TANPA BAKAT lukisan plan tak menarik
Seorang pemimpin TANPA BAKAT ahli bawahan tak terkawal..
etc
Nampak tak kat situ, BAKAT itu penting dalam apa jua perkara, apa jua profession yang diceburi..
BAKAT = sesuatu yang memang telah ada secara semula jadi dalam diri
itu apa yang selama ini ana fikirkan..
Namun adakah BAKAT itu boleh dipelajari, kemudian dengan usaha, ia dapat dipupuk dan dibentuk??
Ada sahabat ana berkongsi pendapat..
Bakat itu adalah hasil daripada kefahaman sesorang individu terhadap apa yang dia lakukan..
Analoginya..
2 orang tukang masak, menggunakan teknik masak yang sama tetapi masakan yang disediakan mempuanyai rasa yang berbeza..
Kenapa?
adakah mungkin seorang ada bakat memasak, dan lagi seorang hanya berlandaskan teori masakan?
Mungkin bukan kerana bakat yang membezakan mereka tetapi kefahaman mereka tentang teknik masakan mereka..
mungkin seorang beranggapan penggunaan lemon utk menambahkan rasa masam jadi dia letak sedikit..
mungkin seorang lg beranggapan lemon itu untuk menutupi bau hanyir pada daging mahupun untuk perapan agar lebih sedap, maka penggunaan lebih banyak..
jadi rasa masakan mereka berbeza..
seorang perenang mungkin bukan seorang penyanyi yang baik..
kerana, perenang lebih faham tentang teknik berenang dan pernafasan, bukan teknik nyanyian jadi dia pasti tidak mampu mengalunkan suara dgn merdu..
tambahan lagi setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza membuatkan interpretasi terhadap sesuatu perkara itu berbeza, penerimaan pun berbeza..
Jadi bukan kerana seseorang itu tidak berbakat tetapi mungkin citarasa orang yang mengadili dia tidak dapat menerima cara luahan individu tersebut, mahupun individu itu masih belum dapat menguasai/memahami apa yang dia sedang lakukan..
*p/s: haha tetiba je kan? ni semua sebab gambar yg ana ambil takde seni! mungkin ana takde bakat? tapi memang ana terpikir, klu ada yang nak bagi pendapat silakan..
No comments:
Post a Comment