Secara jujurnya ana ni tak pandai masak makanan western.
So resipi ni ana penah buat sekali je, agak2 je lah kot.
Bahan-bahan:
Mashed potato:
kentang 3 biji
5 sb susu segar
Gravy:
1 sb mentega
2 sb bawang besar cicang dadu
1/2 sb tepung gandum
1 kiub pati ayam
1/2 ~ 1 cawan air
2 st serbuk lada hitam (boleh tambah atau kurangkan ikut suka)
Cara-cara
Mashed potato:
1. Lenyekkan kentang yang telah direbus.
2. Gaul dengan susu.
Gravy:
1. Cairkan mentega dan tumiskan bawang.
2. Masukkan tepung dan kacau sehingga perang dengan api sederhana.
3. Masukkan kiub pati ayam dan kacau lagi.
4. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau sebentar.
5. Masukkan air.
6. Kiub pati ayam tu sendiri dah masin, jika perlu sahaja tambahkan garam. Siap.
*p/s : boleh tambah cendawan butang kalau suka ^^












