Saturday, January 19, 2013

MASHED POTATO

Assalammualaikum wbt

Secara jujurnya ana ni tak pandai masak makanan western.
So resipi ni ana penah buat sekali je, agak2  je lah kot.





















Bahan-bahan:

Mashed potato:
kentang 3 biji
5 sb susu segar

Gravy:
1 sb mentega
2 sb bawang besar cicang dadu
1/2 sb tepung gandum
1 kiub pati ayam
1/2 ~ 1 cawan air
2 st serbuk lada hitam (boleh tambah atau kurangkan ikut suka)

Cara-cara

Mashed potato:
1. Lenyekkan kentang yang telah direbus.
2. Gaul dengan susu.

Gravy:
1. Cairkan mentega dan tumiskan bawang.
2. Masukkan tepung dan kacau sehingga perang dengan api sederhana.
3. Masukkan kiub pati ayam dan kacau lagi.
4. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau sebentar.
5. Masukkan air.
6. Kiub pati ayam tu sendiri dah masin, jika perlu sahaja tambahkan garam. Siap.


*p/s : boleh tambah cendawan butang kalau suka ^^

PAVLOVA

Assalammualaikum wbt

Finally!!!!
















Akhirnya buat jugak ana pavlova yang tetiba famous kat Malaysia seketika sebelum hadirnya durian crepe tu..

Bahan-bahan

base:
4 biji putih telur
1 cawan gula
1 st esen vanila
2 sb tepung jagung
1 st jus lemon
buah-buahan : strawberi,peach,pisang,kiwi

topping:
250ml whipped cream
5 sb gula

Cara-cara

Base:
1. Pukul putih telur sehingga kembang.
2. Masukkan gula, pukul hingga betul2 hancur dan adunan tak terbalik apabila bekas diterbalikkan.
3. Masukkan jus lemon, tepung jagung, esen vanila dan kacau secara kaup balik. Kemudian pukul sekejap adunan.
4. Masukkan adunan dalam piping bag untuk mudah diletakkan ke atas dulang pembakar. 
5. 'Pipe'kan adunan mengikut bentuk yang disukai tetapi mesti ditimbunkan ke atas. Jangan buat leper supaya dapat base yang spongy. 
6. Bakar selama 1 jam dengan suhu 150 degree. Selepas masak biarkan lebih kurang 20 min dalam oven sebelum dikeluarkan.

Topping:
1. Pukul whipped cream sehingga kembang.
2. Masukkan gula dan pukul sehingga adunan tak jatuh bila diterbalikkan.
3. Masukkan ke dalam piping bag kemudian hiaskan di atas base yang telah dibiarkan sejuk tadi.
4. Susun buah-buahan yang telah dipotong.
5. Masukkan pavlova yang dah disiap ke dalam peti ais sebelum dihidangkan. Siap.







*p/s: semasa bakar, base ana mengembang kemudian mendap selepas disejukkan. ok je ana rasa. gusi ana luka, takpat makan banyak huhu buah yang masam tulah wat pedih!!!

Monday, January 14, 2013

FASHION

Assalammualaikum wbt

Kebelakangan ni ana tengok macam2 fashion trending..
tak kisah lah, tudung ke, baju ke, seluar ke, kain ke, hadir dengan pelbagai warna,corak dan gaya...
Kalau orang yang mengikuti dunia fesyen ni pasti taw apa yang up-to-date..
tapi ana tak taw sangat, juz bila tengok TV or tengok gambar2 kawan kat FB nampakla beberapa fesyen baru.. 
yela kita bukan ada kat Malaysia jadi kurang sikit lah taw perkembangan....

Ntah kenapa aritu, ana teringin nak cari satu fesyen yang sesuai untuk digayakan..
bukan apa, kadang2 ana tengok ana ni selekeh jer.. 
main tangkap muat nak pakai apa...
tengok kawan2 sume cam pandai bergaya, lagi lah ana ni kat Jepun, fesyen nye pun takmo kalah an..

Ana pun aritu tweet la 2 orang geng yang hebat bab fesyen2 ni ha..
diorang pun bagi lah cadangan...
sophisticated nye gaya sesuai untuk ana katanyer.....
pastu macam2 lagi lah terma2 fesyen yang diorang bagitaw.. 
TERNGANGA je lah ana baca..
mana nak paham nyer...
tapi ada satu yang menarik..
kawan ana ni bagi ana 1 website yang awesome!!!
website tentang fesyen..
macam2 gaya dan tips tentang fesyen boleh dapat..
tapi kene lah pandai guna, kena bijak pilih yang bersesuaian dengan norma2 agama dan masyarakat kita...

so here is the website : POLYVORE







Wednesday, January 9, 2013

ETHICS OF LIFE

Assalammualaikum wbt.


SPAGHETTI GORENG TOMYAM BERKEJU

Assalammualaikum wbt

Title tak beragak kan?? hahaha
Suka hati jer nak letak nama apa, yelah ni namanyer hidup di perantauan..
Main suka hati je nak campak2 masak, janji ada makanan nak isi dalam perut.

Ana ni jenis main suka hati je letak bahan dalam masakan, campak2, gaul2, siap!
Janji kat tekak ni boleh telan sudah, tak tawlah kalau orang lain yang makan macam mana reaksi.. hihi



So...

Bahan-bahan

Spaghetti panjang secukupnya (ana guna 2 genggam)
5-10 hiris Bawang bombay
1 ulas Bawang putih
5 batang Cili api
1/2 Ayam boneless bahagian peha
Lobak merah
Brokoli
Mixed cheese
1 kiub tomyam (kalau tak suka rasa tomyam yang pekat, letak 1/2 jer)
1 biji telur

Cara-cara

1. Tumis bawang, lobak,cili api sehingga naik bau.

2. Masukkan kiub tomyam, ayam.

3. Masukkan spaghetti yang telah dicelur. Gaul rata.

4. Masukkan brokoli.

5. Masukkan garam secukup rasa dan tambah sedikit air.

6. Masukkan telur. Gaul sehingga agak kering.

7. Hidangkan dengan menabur keju di atas. SIAP!


Tuesday, January 8, 2013

KUIH TAYAR LORI PECAH

Assalammualaikum wbt

Kebiasaannya orang buat guna keledek, tapi disebabkan kat rumah ada labu yang tak digunakan lagi jadi ana pun terpikirlah nak wat kuih tradisional ni..

Ada orang panggil kuih keria
Ada yang panggil kuih gelang
Nama kuih tayar lori ni pun ibu ana yang sebut masa dia komen kat wall FB ana hihi


Photo: Presenting my "kuih tayar lori pecah" lol






Tapi ana bagi nama tayar lori pecah sebab rupe kuih tu jd buruk bila ana yang wat hihi










So....

Bahan-bahan

2 cawan labu yang telah dilenyekkan
8-10 sb tepung gandum (ibu ana kata, 1/2 cawan)
1/2 st garam
3-4 sb gula (kalau tak nak sira dengan gula kat luar, kalau nak sira, takpayah letak)
minyak masak secukupnya

Cara-cara

1. Labu yang telah dikukus lembut dilenyekkan sementara masih panas. (ana rebus labu, jadi kene toskan air betul2 kering.. kalau kukus tiada masalah)

2. Masukkan garam dan gaulkan bersama labu sementara masih panas.

3. Masukkan gula. (ana masukkan sementara masih panas, tapi ibu kata sebab guna labu, letak bila dah sejuk lebih baik untuk kurangkan kandungan air) 

4. Biarkan labu sehingga betul2 sejuk. Masukkan dalam peti ais pun takpe. (ana kat sini tengah winter, so biarkan je kat luar pun takpe hihi)

5. Selepas labu betul2 sejuk, baru masukkan tepung dan gaulkan guna senduk sampai sebati. Tak perlu sampai jadi doh, cukup sekadar boleh dibentuk.

6. Bentukkan dengan gunakan jari yang dicelup ngan minyak supaya tidak melekat.  

7. Siap untuk digoreng. (kalau dibiarkan semalaman dalam peti ais sebelum digoreng lebih rangup kulit kuih nanti)


Thursday, January 3, 2013

SHOPPING


Assalammualaikum wbt




Selamat Tahun Baru!!
Semoga tahun baru ini membantu kita semua untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Btw,
1 Januari juga tarikh sale shopping besar-besaran di Jepun ni..
"Happy Bag" atau pun "Lucky Bag" memang sesuatu yang direbutkan bukan saja penduduk Jepun, kami2 rakyat Malaysia ni pun takmo ketinggalan..
Mana tak nyer kan, barang2 berjenama dijual dengan harga yang mampu milik...
Siapa takmo??? 
Kalau dah balik Malaysia memang tak mampu lah nak beli, berdasarkan pengalaman pergi Johor Premium Outlet, masuk kedai tengok harga je pastu keluar balik..
Dengan pandangan sinis salesman/salesgirl lagi lah buat diri yang tak berapa nak mampu ni terus rasa tak nak beli.. ( Layanan kat Jepun sangat lain! Diorang takkan pandang sebelah mata, walaupun kita tak membeli)
Tapi kat sini rasa mampu jer nak beli..
Disebabkan insya-Allah tahun ni last ada kat Jepun, jadi ana pun gunakanlah kesempatan ini untuk bershopping sakan!!! hahahahahhahahahhaha
Selama ni tak pernah pun shopping, tak macam orang lain... 
Dan perasaan shopping itu SANGAT BEST bila kita ada duit untuk dibelanjakan!!
Alhamdulillah dapat beli hadiah yang memang nak belikan untuk ayah, ibu and adik...





 

 



*p/s: memang tak boleh bawak perangai ni balik Malaysia sebab memang tak mampu!!!