Tuesday, May 31, 2011

M.A.L.U

Assalammualaikum wbt.

 ^__^
malu malu malu~
selama ana hidup 21tahun..
rasenye 1st time ana wat benda ni..

tgk jam kat tangan dah nak kol 8.35 pagi..
lauk nak wat bento dah panaskan..
nak gi buang sampah plak..
kelam kabut!!!
kayuh2 basikal laju2 nak sampai kelas before 8.45..
masuk2 jer bangunan IB
".................留学生........" 
dgr badak2 Jepun berborak kat blkg..
kat depan plak ade junior.. (angkat tangan, sapa sat~)
tak sedap ati..
pandang bawah kat kaki..
..........
..........
...............
................................
......................................















-selipar sebelah lain sebelah lain-

hahahhahahhahahhahahahhahahhahaha! 
siyes klaka giler!! 
tak penah2 terjadi...

"真美ちゃん、今日はばかなことやったよ!" 
(sambil menunjukkan kedua2 belah kaki...)
"なんかおしゃれじゃん" ^__^ 
lawak2~




*p/s: sanggup masuk kelas ikut pintu depan sebab tak nak geng2 budak Jepun nampak.. M.A.L.U!

Monday, May 30, 2011

L.E.M.A.H

Assalammualaikum wbt..

dah 3-4 ari dah hidung ana tersumbat tak dapat nak bernafas dengan sempurna macam dulu..
Allah baru tarik 1 nikmat dah tak tentu arah..
jadi lemah, kepala jadi berat, mood pun tak bape nak ade..
tapi kerja sekolah melambak, midsem exam pun dah dekat tapi tak wat ape2 lagi..
"Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini..
kuatkan lah semangat untuk belajar rajin2 dan tak melengah2kan masa..
sesungguhnya Engkau mengetahui segala-galanya yang terbaik untuk ku"
ana taw yang lain2 pun dah musim2 exam..
minna ganbarou!!!
Lillahi Taala (^__^) jangan lupa itu!


*P/S : kepada yang lain2 pun take care jage kesihatan lagi2 sekarang cuaca kejap sejuk kejap panas (bagi yang kat Jepun) kepada kamu2 yang di Malaysia pun take care keyh! jangan malas2 sume ^__^

Sunday, May 29, 2011

S.E.R.I M.U.K.A

Assalamualaikum wbt
-S.E.R.I. M.U.K.A-

bahan2 pulut

  • beras pulut 
  • santan pekat
  • garam



cara2

  1. beras pulut diratakan atas loyang yang nak digunakan kemudian direndam selama 1jam
  2. santan pekat + sedikit garam dituang ke dalam beras pulut yang dah ditoskan.
  3. santan dituang sampai menutupi beras pulut.
  4. kemudian, pulut dikukus sehingga kembang (lebih kurang 30 min)

 -ana gunakan pewarna merah sebagai ganti warna daun pandan-
-ana tambah gula melaka untuk dapatkan warna coklat-

bahan2 

  • tepung gandum 2 cawan
  • tepung ubi 1 cawan
  • gula 1~2 cawan (kemanisan ikut suka)
  • santan cair 3 cawan
  • garam
  • air pandan(nak ganti ngan pewarna lain pun boleyh)



cara2

  1. tepung gandum, tepung ubi, gula, garam, air pandan disatukan dalam bekas.
  2. santan cair dituang sedikit demi sedikit sehingga bahan2 semua larut. ( agak2 jangan sampai terlalu cair)
  3. selepas pulut kembang, curahkan adunan tadi dan dikukus selama lebih kurang 1 jam.
  4. tunggu sehingga sejuk sebelum dipotong.
 -selepas dipotong-




*p/s: 1st time buat dan resipi ikut apa yang ibu cakap so sumenye ana main agak2.. so sorry tak dapat bg sukatan.

Saturday, May 28, 2011

M.U.S.L.I.M S.O.L.E.H (part 1)

Assalammualaikum wbt


apa ciri2 utk jadi M.U.S.L.I.M S.O.L.E.H?


AQIDAH yang SEJAHTERA
 macam mana yang dikatakan Aqidah yang sejahtera?
 semua muslim wajib mengucap 2 kalimah syahadah - rukun Islam yang pertama...
"aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi Muhammad itu pesuruh Allah"
selama kita menjalani kehidupan -macam ana dah hidup 21 tahun- adakah kita melakukan segala2nya lillahitaala?
illah kita btul2 hanya Allah swt? 
kita belajar ilmu utk? berjaya? lpas berjaya tu? nak dapat kerja baik? nak dapat gaji besar? kereta besar?
rumah besar? segala2nya BESAR punyerrr~


IBADAH yang SOLEH
 bukan sekadar Ibadah Khusus saje yang kita amik berat, Ibadah Umum kita tak amik endah
 kita solat awal waktu ke akhir waktu? baca Al-Quran malam Jumaat aje?
 Iman kita naik turun.. 
 bila datangnya musibah dan dugaan baru kita mencari Allah.. bersungguh2 melakukan ibadah.. solat malam.. puasa sunat.. zikir... kalau tak? 
 ibadah yang wajib kita lakukan mungkin tak berapa sempurna.. 
 amalan2 sunat yang membantu ibadah wajib kelihatan lebih baik..
 tak wat banyak takpe, yang penting ISTIQAMAH.. 
 contohnye puasa Isnin Khamis wat tiap2 minggu pun cukup..
 Insya-Allah

AKHLAK yang BAIK
 adakah akhlak kita seindah Rasulullah s.a.w?
 mmg agak mustahil utk kita mencapai akhlak yang indah seperti Rasullullah s.a.w
 tapi kita perlu mencerminkan akhlak2 yang baik sbb orang bukan Islam sentiasa memandang setiap gerak geri kita..
 -selama ana di Jepun- kita selalu bangga dengan sikap mereka yang jujur, rajin, tepati masa, pembersih..
 sampai leyh cakap kalau diorang ni Islam, diorang akan jadi muslim yang baik..
 kita sesama kawan2 sesama umat Islam yang lain pun adakah kita mempamerkan sikap yang baik?
 Iri hati? Dengki? Dendam? Saka? Santau? ----> terkenal di kalangan orang Melayu.. Melayu = Islam
 kita plak?


TUBUH BADAH yang SIHAT
 kalau badan lemah aje, nak wat ape2 kerja pun tak semangat...
 tak produktif..
 McD, KFC, Potato Chips, jajan--->itu yang jadi pembuka selera kita..
 menu harian kita adakah seimbang khasiat nye?? 
 protein ade? vitamin ade? ke... lemak aje yang berlebih2?
 senaman ade wat? -ana punyer la malas nak bersenam!! tgk.. dulu selim melim.. skrg?? -
 "mencegah itu lebih baik daripada mengubati"
 "An apple a day keeps the doctor away"


PEMIKIRAN yang CERDAS
 Facebook, Tweeter, Game.. adakah pengasas sumenye muslim?
 Mac? Windows? adakah mereka juga Muslim?
 apakah ciptaan Muslim yang membanggakan?
 tidak cerdas kah minda2 muslim?
 kita belajar jauh2 belajar tinggi2 sampai ke luar negara..
 adakah kita ingin mencapai kejayaan untuk menjadi seorang muslim cemerlang yang akan membuka mata masyarakat dunia tentang hebatnye Islam?
 pelopor ilmu2 matematik, sains pada zaman2 dahulu adalah muslim Al-Khawarizmi, Ibnu Sina.. 
 kita sume ade peluang untuk jadi seperti mereka..
 tidak perlu untuk membuat sesuatu yang besar, mungkin dengan perubahan cara pemikiran kita akan membuatkan kita mampu mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik, sekali gus memartabatkan Islam di mata dunia..


*p/s : *dentam dentum* bunyi ana bagi idea di atas macam la ana hebat sangat kan? sedangkan ana sendri Masya-Allah penyakit MALAS nye meninggi sunggoh! tapi tidak salah jika idea di atas ni menjadi pembakar semangat ana bahkan yang lain2 juga untuk sama2 berfikir untuk menjadi seorang MUSLIM yang SOLEH
INSYA-ALLAH ^____^

Friday, May 27, 2011

B.O.R.A.N.G

Assalammualaikum wbt

Semalam takyah anta report.. YEAY! 
tapi minggu depan DOUBLE la jadiknye 
..m(T__T)m..
so ana gunakanlah masa yang terluang dengan sebaiknye 
(iye ke?? bukan ke lepak je ke?)
wat ape??
gi daftar nak amik lesen Jepun (^__^)
(dah lame asyik tertangguh jer)
Alhamdulillah akhirnye diterima jugak..
lepas dah 3 kali kene tolak,sekali kene marah.. hi5
mudah2n urusan lepas ni dipermudahkan...
AMMMIIINNNN~


*p/s: paling hebat orang amik lesen (driving test) kat sini 3kali baru lepas ade jugak yang sampai 7 kali.. area nagoya la tapinye.. ana plak?? hu5 cuak2~ mudah2n dapat selesaikan cepat2 sebab lepas ni takyah nak risau2 bile bwk kete tanpa lesen ni ^__^

L.E.P.A.S.K.A.N A.K.U

Assalammualaikum wbt


*p/s : no big deal.. pernah rase benda2 cmni but now nak get over it.. SYAITAN itu sume~

E.G.O

Assalammualaikum wbt 

E.G.O
sape lagi tinggi E.G.O nyer???
LELAKI?
PEREMPUAN?

Lelaki la ego!!!!  takleyh lah kalau gf/isteri lebeyh daripada dia... kalau berlaku perselisihan faham, memang TAK lah diorang yang nak mintak maaf dulu.. memang berzaman la nak tunggu ucapan 'SORRY' dari mulut seorang lelaki.. kalau nak luahkan kasih sayang pun... I LOVE YOU pun susah nak dengar lagi2 bila dah kawin... kalau yang jenis panas baran, maw tangan kaki sume nak nek kat bdn perempuan.. dibelasah dipukul.. hemmmmmmmm~ haila....

Perempuan la ego!!! asyik nak lelaki jer paham perasaan dia.. kalau dah pangkat, level lagi tinggi daripada si lelaki, cam senang2 jer dia 'pijak kepala' lelaki tu.. selalu nak lelaki yang start contact, nak selalu lelaki yang care ngan dia.. padahal penah dia pikir yang dia tu asyik tunggu belah lelaki yang mulakan dulu, dia ckit pun tak nak bagi effort untuk mulakan... bila gaduh, selisih faham salahkan lelaki... 

macam2!! jadi sape E.G.O?
biler pikir pasal ni mesti emo!! 
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr~!



*p/s : ana sendiri kadang2 pikir ana yang ego lebeyh tinggi tapi... kadang2 tu asyik ana yang bersabar pun takleyh jugak kan... tapi i'm not the one yang mulakan kalau contact ke ape...  so... i'm the one yang E.G.O kot..
lantaklah!! dia yang nak gantung tak bertali..yang cakap tak serupa bikin!! can i call him as my husband to be?? maybe 80% not! 

P.O.S.S.I.B.L.E

Assalammualaikum wbt

NOTHING IS IMPOSSIBLE
EVERYTHING IS POSSIBLE
PUT IN ALL YOUR EFFORT
YOU'LL GET WHAT YOU WANT


*aja aja fighting!! chayo2!! ganbare majimeni yare!! exam, lab, works, practical, homeworks,etc 

Wednesday, May 25, 2011

K.I.S.A.H N.A.B.I

Assalammualaikum wbt.


Allah menceritakan kisah2 para nabi dan rasul dalam Al-Quran agar kita dapat ambil pengajaran. Iktibar dari kisah2 tersebut seharusnya kita jadikan panduan untuk kita menjalani kehidupan kita di atas muka bumi ini.


Nabi Daud [38 : 21~24]
Allah menegur Nabi Daud membuat keputusan dengan tidak mendengar masalah dari kedua-dua belah pihak. Allah ingin menegaskan bahawa sesungguhnya kita perlu adil dalam membuat sesuatu perkara. 


Nabi Sulaiman [38 : 31~35]
Nabi Sulaiman mempunyai kerajaan yang hebat dan terkenal dengan sikap 'perfectionist'. Allah telah menegur sesungguhnya kerajaan yang hebat namun tidak diperintah mengikut syariat Allah swt adalah kerajaan  yang tak membawa makna apa2 pun, lemah. Kehidupan kita pun kalau tak ikut syariatullah dan sunnatullah tak bermakna jugak... kan??? ^__^


Nabi Ayyub [38 : 41~44]
Allah telah mendatangkan pelbagai dugaan kepada Nabi Ayyub bagi menguji kenabian baginda. Namun baginda tetap sabar mengharunginya sehinggakan isteri baginda pergi meninggalkannya dalam keadaan sakit.Berkat kesabaran, akhirnya Allah telah menyembuhkan penyakit yang dihidapi dan isterinya telah kembali. 
Kita yang baru diuji sikit berbanding ngan para nabi dan rasul pun dah mengeluh panjang, tak mampu untuk bersabar. T___T




*p/s : banyak lagi cerita yang leyh jadi iktibar.. seronok bila dengar kisah2 anbiya.. selain sumber dari Al-Quran mungkin bleyh cari kat website2 yang leyh diterima/ tak sesat ^__^

I.K.H.L.A.S

Assalammualaikum wbt

I.K.H.L.A.S
adakah segala apa yang kita lakukan selama ni I.K.H.L.A.S?

mase2 kecik2..
pose sbb nak dapat duit raya.. (1 ari RM 1)
solat sebab takut kene rotan ngan parents
...........n mcm2 lg

dh bsar ckit..
wat sesuatu pastu mesti ckp "aku wat ikhlas ni.."
"btul ni ko ikhlas?" bile dapat sesuatu..

dh dewasa ckit..
dah mula faham tentang Islam
dah mula fikir, adakah slame ni I.K.H.L.A.S?

jadinye macam mane nak I.K.H.L.A.S?

"Barangsiapa mngerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa ynag telah mereka kerjakan." [16 : 97]

mungkin dengan hanya mengharapkan rahmat Allah...
buat sesuatu niat kerana Allah swt..
Insya-Allah kita dapat ikhlaskan setiap perbuatan kita.

hanya Allah yang akan menilai apa yang kita lakukan..
bukan penilaian dari kaca mata manusia yang diharapkan.


*p/s : selalu cakap dalam ati, wat ngan ikhlas.. bukan kerana paksaan.. bukan kerana nak menunjuk-nunjuk.. sesungguhnya mcm2 perasaan jahat datang!! shuuuhhhhh kamu syaitannnnnnnnn


Tuesday, May 24, 2011

A.D.I.K

Assalammualaikum wbt 

everybody loves their siblings.. so do I.. ^__^ I love my lil bro so so so much!!!  I'm always looking forward to hear his singing, reading, story n etc.  He's one of the reason to make me feel homesick!! love him so so much!! muahx! xoxoxoxoxoxoxoxo ^__^


*p/s: sorry for the bad quality.. I recorded it directly using my camera when we were skyping. hi5 so blueeeeeee~

F.L.O.W.E.R

Assalammualaikum wbt

Bunga * Flower * 花 * zahrah... sumenya bawak maksud yang sama... 









*p/s : lame dah nak amik gambar2 bunga ni.. slalu lalu jer on d way blik rumah dr skolah.. ^__^ klu ade 'lense' tu msti lg best kn? hemmmm sabar2.. ade rezeki lebeyh dptlah 'lense' tu nnti yek ana.. (ayat pujuk ati.. hi5)

Tuesday, May 17, 2011

S.t.U.d.Y

Assalammualaikum wbt.

Masa berlalu langsung tak sedar,
 Kehidupan tahun 3 sangat mencabar,
Report minggu lepas baru je hantar,
 実験 semalam dah mula kejar.

Tambah lagi subjek lain,
 Datang kelas langsung tak faham,
Jasad di kelas fikiran ke lain,
 Pensyarah mengajar, mata terpejam.

Pensyarah di depan melukis litar,
 Pelajar di belakang berborak sakan,
Ilmu yang diajar tak didengar,
 Buang masa, penat badan.

Subjek semua dalam bahasa Jepun,
 Buat latihan langsung tak reti,
Belajar tak faham satu apa pun,
  Langsung tak lekat di kepala dan hati.

Perasaan malas membuak-buak,
 Bila nak rajin pun tak tahu,
Exam dah dekat baru tercangak,
 Sibuk belajar satu per satu.

'Last minute study' jadi tabiat,
 Habit yang buruk perlu diubah,
Mula awal2 biar sampai dapat,
 Bila nak exam tak menggelabah.

Niat dihati nak amik master,
 Tegngok result macam tak mampu,
Kene seru semangat belajar 'derrrr',
 Supaya dapat apa yang dimahu.

Alangkah ruginya rasa dihati,
 Tak bagi tumpuan dalam kelas,
Belajar pun macam takde erti,
 Matlamat hiduo macam tak jelas.

Tujuan belajar perlu diperbaiki,
 Belajar memahami bukan mengingat,
Niatkan semua kepada Illahi,
 Supaya ilmu menjadi berkat.

- setiap kali dengar lagu ni, rasa cam bersemangat.. moga2 akan kembali bersemangat balik untuk belajar bersungguh-sungguh. Cukuplah main, lepak2 ajer... -


*p/s : asal tak leyh 集中 dalam kelas, asal ngantuk je dalam kelas mesti nak menulis wat benda lain.. contohnye?? pantun yang kat atas ni la.. bila sensei ajar kat depan mesti ngantuk tapi kalau wat benda2 camni mesti fokus.. nannnnddddeeeee???

P.E.T.I.K S.T.R.A.W.B.E.R.I

Assalamualaikum wbt.

Tanggal 14hb Mei 2011, kitorang gi petik buah S.T.R.A.W.B.E.R.I kat area Gifu..
Perrrghhh memang sedap ah... celup2 ngan susu... nyummmy~
yang paling menyeronokkkan bila... 
keesokan pagi nyer...
ramai la orang yang kesakitan keperutan.. 
ape punca nye?? teda siapa yang taw~! ^__^

 -celup2 susu-

 -strawberi sedia dipetik-

-sedia dimakan-

-paling besar punyeeeerrr walopun tak kelihatan-

-tergantung-gantung-

-dihadapan masjid gifu-

-warga nagoya + gifu -


*p/s : drive krete orang gi Gifu.. PUAS tapi cuak, sbb bkn krete sendiri.. hu5 tapi yang sedehnyer time blik jalan kaki ke rumah kemera ku telah jatuh *bedebuk* atas jalan raya.. kemik sikit body.. hu5 sedeeeyyyhhh T___T mudah2n masih baik utk amik gmbr yg cantik2 lg..

Thursday, May 12, 2011

K.A.R.I.P.A.P

Asssalamualaikum wbt


kali ni meh jengok resipi K.A.R.I.P.A.P  __m(^__^)m___




-handmade karipap-
if i can do, u also can do
easy ma~


Bahan2 doh (20~30 biji)
200 g tepung
2 sb marjerin
2 sb minyak
100 ml air
secubit garam


Cara2 :
1. cairkan mentega ngan minyak
2. masukkan ke dalam tepung + garam, gaul ngan sudu sekejap (panas!!! ati2 melecur plak nnti)
3. gaul ngan tangan, pastikan semua tepung sebati ngan marjerin
4. masukkan air 1/2 dulu, kalau rasa tak cukup baru tuang habis air. (besenye ana tak letak semua)
5. uli sampai doh dah tak lekat kat tangan.


Bahan2 inti
2 biji kentang-dipotong dadu
bawang merah
ulas bawang putih
halia
secubit ikan bilis/ 1/2 pati ikan bilis
ayam/daging cincang
serbuk kari
serbuk cili
air
garam, gula, serbuk perasa


*semua bahan di atas, tak pat nak bagi ukuran sebab main agak jer slame ni.. 


Cara2 :
1. tumis bawang+halia+ikan bilis yang dah ditumbuk/dikisar
2. masukkan serbuk kari n serbuk cili, tumis skali sampai agak2 terbit bau
3. masukkan ayam/daging
4. masukkan garam,gula,serbuk perasa(kalau gune) secukup rasa (secukup rasa tu camne?? xpat nak jwb, agk2 sendiri la yer.. hi5)
5. masukkan kentang bila dah rasa puas hati ngan rasa kari 
6. masukkan air sampai semua kentang tenggelam
7. biarkan kering (kacau sekali-sekala untuk elak bahagian bawah berkerak/hangus)


nak wat karipap, bagi yang tak reti nak kelim, ade je jual cetak dia, kat Msia la tapinyer.. kalau kat jepun ni, amik gyouza nye pun jadilah... hi5 tak pun wat karipap 4segi jer, hujung tu kepit ngan garfu.. kasi jalur2 sikit ^__^


inti plak wat la ikut ske ati.. kalau nak buh sardin pun bleyh, tumis ngan bawang jer... tak pun boh jer yang dh siap yang bese makan ngan roti tu ^__^




*p/s : resipi di inspirasikan oleh Kak E-na dan jua tunjuk ajar ibu kesayangan ^__^