Wednesday, April 24, 2013

PRE-EMPLOYMENT MED CHECK UP

Assalammualaikum wbt

22 April 2013

hari ni ana pergi OMRON untuk ambil exam dan med check up sebagai proses sebelum diserahkan employment letter.

penat weyh!! tak tipu..
exam bagi ana sebenarnya susah, may be sebab ana dah lama tak membaca, dok memerap je otak dengan perkara tak berfaedah so otak susah nak bergerak ckit...

sampai2, gi pondok jaga untuk masuk kan.
pakcik tu wat lawak plak tanya "ohayou gozaimasu"
ana pun jawablah  "ohayou gozsaimasu"
"ok betul la tu, boleh jawab soalan..." kata pakcik tu kepada HR yg pakcik tu tipon..
hahaha memangla pakcik, setakat selamat pagi sape2 pun boleh jawab..

dah masuk ruang menunggu, ada sorang perempuan, dia nak lapor diri, start kerja..
dia pun engineer jugak tp tak sama department ngan ana...
so takpelah atlis ad kawan baru..

so kak HR pun bagi la kertas soalan nak kene jawab..
30minit pertama soalan translation n teknikal
part translation tu tipu la kata kacang..
susah jugak sebab guna character kanji yang berkaitan dengan term2 industri, marketing etc so faham tu memangla faham ape yang nak disampaikan tapi nak translate balik in ENglish tak kuar perkataan dalam kepala otak ni ha...
pastu teknikal test boleh tahan la mudah jer cuma part lukisan 3D tu ana tak taw sebab ana tak pernah belajar lukisan kejuruteraan...

lepas habis tu ada exam IQ plak..
aduuuhhh payah gak lah..
part nombor ngan bentuk tu oklah tp part words payah ckit sbb in english kan..
tak berapa nak paham..
English ana kan dah berkarat...
memang tak pat siap sume 120 soalan la dalam masa 1jam 40 min huhuh\memang lemah la IQ ana cmtu T___T

kesian ayah ana penat menunggu, 3 jam baru habis..
pastu wat med check up plak kat klinik berdekatan..
selamat lah tak ramai orang plus med check up dia simple je..
wat eye test, blood pressure, urine test tu jer...

tapi penat la yang pentingnye..

takuuuuuuuuut sebenarnya nak kerja ni sebab ana mana reti nak kerja plus otak ana bukan otak engineer pun..
apa yang ana belajar selama ni opun bukan ana paham betul2 pun aka tak paham langsung kot!!!
argggghhhhh stresssssss takuuutttttt


*p/s: sewa rumah mahal T_T pastu dah ah pagi2 jam gilerrrr!!!!!

GWIYOMI

Assalammualaikum wbt

Gangnam style
Harlem shake
pernah menjadi ikutan orang ramai di seluruh dunia...
ramai yang buat video, meniru aksi2 tarian yang dikatakan menarik tapi hakikatnya tak faham pun apa jenis tarian tu, apa motif tarian tu bla bla bla..

dan sekarang...

GWIYOMI 

pulak yang menjadi kegilaan...

banyak dah video orang ramai dari seluruh pelusuk dunia buat aksi comel ni..
memang tak nafikan la memang comel pun hihi
sehinggakan ana pun tertarik gak nak meniru gaya comel ni..
tapi yang tak bestnye sebab korea punye..hihi sorry la ana anti k-pop skit sbnrnye..
bukan apa sebab tak paham korean kan...

tak ketinggalan artis2 malaysia pun wat gak upload gaya comel dorang..
kalau yang perempuan tu macam paham la..
tapi yang lelaki pun taknak kalah nak buat jugak hahaha
sekarang dah trend dah, takyah nak upload kat youtube lagi dah..
sekarang pakai KEEK je..

haiiisssssh semata2 nak tgk video anak Tomok, ana pun gatal lah pi download keek tu jugak..
tu yang terlihat, tertengok video2 gwiyomi yang melambak...

so last but not least,
mehla kte cuba terapkan untuk faham sesuatu dulu baru la ikut turut serta..
ramai orang dok follow je tanpa fikir dulu... ish ish ish ishhhhhhhhhhhhh





*p/s : kalau berkaitan dengan hiburan cepat je nak terpengaruh kan???

K.E.B.O.S.A.N.A.N

Assalammualaikum wbt

Sejak balik dari Jepun, ana asyik dok kat rumah je sebenarnya...
MEMANG BOSAN!!!
kawan pun tak berapa ada nak hang out...

Jadi kerja ana hari-hari adalah masak makan tengah hari untuk adik n ibu..
Hari2 kene masak sampai dah tak tahu nak masak menu apa dah..
macam dah bosan ngan menu yang sama..
nak try menu baru ataupun baking ke macam yang selalu try kat Jepun pun tak dapat nak wat sbb bahan xde.. kalau ade pun 95% mesti buat tak jadi!!! bengang giler!!

pastu bosan dengan bendera yang berderet kat tepi jalan..
memangla meriah nak pilihan raya ni tapi masalahnye napa kene pasang bendera banyak macam tu sekali???
ada pertandingan sapa paling banyak bendera, dia akan menang ke ape nak membazir sampai macam tu sekali???
pilihanraya akan datang pun 5 tahun lagi dan ana pasti masa tu akan buat baru lagi.. 
habis tu yang kali ni punya bendera, habis pilihan raya apa akan jadi???
mana dapat dana ntah nak wat bendera tu, nak bayar upah orang pasang tu etc

satu je yang fun sebab kat kawasan perumahan, kat kediaman persendirian pun perang bendera hahaha meriah macam nak sambutan hari raya, sapa pasang paling banyak pelitadia paling menarik, tapi kali ni sapa pasang banner or bendera paling banyak yang menarik...

takde yang menarik la kesimpulannye setakat ni..
dah sebulan menganggur, duit pun takdak nak hang out lebeyh!!!




*p/s : sebab geng yg ad kt msia sume bz wat pe ntah (xcept syu) ana kuar dengan kwn kelas mse f4,f5 yg agk lama dh tak rapat... a bit kekok la kan tp atlis ad gakla kawan...


Wednesday, April 10, 2013

GRADUATION DAY

Assalammualaikum wbt

bagi seorang pelajar tahun akhir, perkara yang paling menggembirakan adalah hari graduasi, tamat pengajian..

memang tak dinafikan, hari graduasi di Jepun tidaklah semeriah di Malaysia, siap ada pesta konvo, setiap pelajar naik pentas ambil skrol masing2, ada jubah untuk setiap pelajar pakai etc..
tapi kat Jepun, tiada pesta konvo, skrol diwakilkan kepada seorang pelajar sahaja untuk ambil di atas pentas kemudian diagihkan dalam kelas biasa sahaja, pakai baju traditional, tiada jubah...

namun masih tetap meriah, lebih2 lagi dengan kehadiran ahli keluarga ana..
rasa terima kasih ana tak terhingga kepada kedua ibu bapa ana, sensei2, guru2, kawan2 sepanjang pembelajaran ana di bumi asing yang penuh ranjau tu.. (ayat nak sentap je hahahhaha)
tapi memang susah!!
sampai saat akhir ana berhempas pulas untuk pastikan ana hantar thesis, lulus sume exam supaya ana dapat graduasi dalam masa 4 tahun..
secara jujurnya, jurusan electrical & electronic engineering is so not my thing...
ana tak mampu berfikir secara krastif n kritis seperti orang lain..
dalam erti kata lain, ana just follow the flow janji ana dapat lepas...
it was hard memandangkan ana satu2nyer perempuan yang ambil jurusan electrical engineering dalam kalangan orang Malaysia di Nagoya University..
bagi yang tahu Nagoya University, universiti ni bukan calang2 universiti, memang susah..
sekarang kadar pelajar yg repeat year pun bertambah tiap tahun..
sedih sebenarnya bila fikirkan perkara tu..
bila ana dapat graduasi dalam tempoh yang ditetapkan pun ana dah cukup rasa bersyukur waalaupun ana punya result tidaklah segempak mana..

so jom tengok sikit warna warni konvokesyen ana..
















*p/s: seperti yg ana pernah berjanji ngan BFF ana masa diorang lawat ana tahun lepas, ana berjaya ambil gambar dengan classmate yg ana ada crush dgn dia, cuma tak bercakap ngan dia hihihihihi 

ONE-DAY TRIP WITH B4 FRIENDS

Assalammualaikum wbt

1hb March dah penat dengan presentation n party..
2hb tiba masa untuk berjalan-jalan dengan kawan2 sama batch dalam lab...

kitorang gi Kyoto untuk 1 hari je..
pergi pkul 9 pg, balik malam kul 9 malam..
rasa terima kasih sangat kat diorang sebab sudi bawak ana jenjalan Kyoto, melayan kerenah ana, jaga ana dpd diganggu dek sorg pakcik yg kurang betul..
masa tu tengah tunggu train, tiba2 ada sorang pakcik ni tak betul, dok tanya "ko orang Iran ek? &%%#%&*^*" dengan dialek dia yg ana tak paham, jadi ana pun senyap je la, pandang bawah sebab takut.. pastu kawan ana sorang ni berdiri depan ana, supaya pakcik tu tak nampak ana.. jatuh hati tak kalau korang bila ada lelaki jaga korang hihihihihi

mula2 kitorang pergi NIJO CASTLE
subhanallah!! memang cantik seni bina dalaman castle tu..
pastu kawan2 ana pun terangkan lah sejarah castle tu..
memang menarik dengan lantai yang bila kita jalan berbunyi2...
bukan sebab papan kayu tu dah usang, tapi memang dibiarkan berbunyi supaya shogun @ pemerintah tertinggi tahu akan kedatangan pembesar2 untuk buat laporan etc




kemudian kitorang pergi belajar buat teh hijau, tea ceremony..
yang menariknya bukan orang Jepun yang buat, tapi warganegara asing, mat saleh..
kagumlah dengan kefasihan mat saleh tu berbahasa Jepun dan juga kehebatan dia buat tea ceremony yg memang tradisi masyarakat Jepun...
tak dinafikan memang susah, ana asyik buat salah je...
plus bila kitorang yang buat memang tak sedap rasa teh hijau tu, tapi bila dia yang buat, memang dapat rasa kelainan, rasa lebih nipis, sedap...




dah kenyang makan kuih sakura mochi n minum teh hijau, kitorang pergi pulak kawasan tempat orang berlakon, ala macam mini studio camtu untuk cerita2 ninja macam tu..
menarik tempat tu especially ada satu tu tarikan ninja, kiranya kita masuk bangunan tu, belajar taktik ninja pastu kita aplikasikan dalam bilik yang banyak pintu helah, so kita kena carik supaya kita boleh keluar...  ana yang paling teruja masa tu ahhahaha



pastu kitorang gi makan ikan buntal..
tahu tak kedai yang kitorang pergi tu mahal!!!!
terasa mcm kesian kat kawan2 yela, terpaksa berhabis banyak just untuk entertain ana...
tapi memang sedap ah ikan buntal...tak tipu!!!





*p/s :  kitorang pergi berlapan, sume lelaki, ana sorang je perempuan.. tapi walaupun macam tu, ana rasa secure je dengan diorang.. sangat seronok berkawan dengan diorang.. rasa rugi sebab dah akhir2 baru rasa rapat dengan diorang huhuhuhu

LAST PARTY

Assalammualaikum wbt

dalam entry sebelum ni, ana ada cakap nak cerita pasal party after project presentation kan..
sebab dah lama sgt, ana pun dah tak berapa ingat huhuhu
jadi ana ceritakan lah setakat mana yang ana ingat jer..

masa haritu tu, tak sangka pulak kene bawak baju ganti ke ape ke utk persediaan pergi party..
orang lain, kawan2 ana sume tukar dpd pki blazer kepada tshirt biasa..
sebab ana xtaw, jadi ana je sorang pakai baju yang sama, dahla kasut pun menyakitkan, menyeksa kaki.. sabar jela..

jadi party ni sebenanrnya bertujuan sebagai farewell party untuk pelajar master tahun 2...
tapi di awal2 party, sesi bagitahu/beri hadiah kepada 3 presenter terbaik untuk pembentangan sebelum tu..
memang dijangkakanlah yang ana takkan menang kan, tapi yang menang sume tu memang tak dinafikan kehebatan mereka...
hadiah2 disediakan oleh sensei.. baik hati nye lah sensei2 ni... hihihihihihi
lepas tu sambil makan2, mula lah sesi ucapan senior2 master.. sorang2 senior dipanggil dan junior yg diorang jaga..
masing2 yg junior sampaikan hadiah yang dorang dah beli awal2...
ucapan dorg yg senior ni ada yang serius, ada yang gila2.. seolah2 mcm takde sensei jer.. hahaha
and bila masa senior ana yg bagi ucapan, ana pun serahkan lah hadiah yang ana dah beli..
terasa macam hadiah ana tu lah paling murah dan kebudak-budakkan..
yela hadiah pair mug je pun, dahla yg comel2 punya, bukan yg macho2 hahahha
kesian senior ana tu...
mana la ana tahu yang diorang ni sume jenis bukak hadiah depan2 orang.. tak macam kita yang besenye simpan dulu, bila dah sampai rumah baru bukak..
tapi takpela kan nak buat camne...
lepas dah bukak hadiah tu, senior ana tu pun bagilah ucapan..
terharu gilerr bila dia sebut nama ana, dia puji ana atas presentation ana, mcm sebelum ni ana cerita, bagi dia, presentation ana yg terbaik.. 
dia cerita la dia jenis yg serahkan utk fikir sendiri, buat keputusan sendiri.. bla bla bla
ana memang tak dapat tahan, air mata mengalir, sedih bila memikirkan lepas ni ana dah tak buat kerja under dia lagi.. 
sesungguhnya banyak perkara yang ana pelajari dengan dia..

yang lain2 mcam biasa lah sesi ambil gambar, borak2..
tiada yg istimewa lg..









*p/s: memang terasa syukur sangat masuk lab tu

PART TIME JOB

Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah finally I am home, in Malaysia ^_^

Ok, kita lupakan dulu cerita pasal ana dah sampai Malaysia.
Ana nak cerita pasal pengalaman kerja sambilan yang mana seumur hidup tu lah kali pertama ana buat part time job..
Dengan part time job ni lah melengkapkan pengalaman tak ternilai ana di bumi sakura.

sebenarnya, ana dapat kerja ni pun sebab recommendation daripada senior ana kat syarikat tu..
part time job tu sebenarnya, kerja mengajar BAHASA MELAYU.
pelajar sorang jer, itupun bukan kanak2 ataupun budak sekolah, tapi orang dewasa, manager TOYOTA yang akan dihantar bekerja di Malaysia selama 2 tahun.

Dengan takde pengalaman mengajar, buat kerja part time, ana pun main redah je la...
tak dinafikan penat jadi cikgu sebenarnya..
penat berdiri, nak terangkan dekat white board..
kadang2 tu ada perkara yang kita sendiri tak pasti, tak pernah ambil serius, bila kita mengajar baru mata kita terbuka, faham tentang perkara yang sepatutnya dah jadi kelaziman kita..

pernah korang terfikir..

Tadika = taman didikan kanak-kanak
Kugiran = kumpulan gitar rancak
Pawagam = panggung wayang gambar

"bukan" digunakan bersama kata nama
"tidak" digunakan bersama kata kerja

masa ana mengajar tu lah baru ana perasan hihi terasa cam malu pulak..
dan sesungguhnya nak jadi cikgu ni kita kena bijak memahami fasa kefahaman anak murid, perlu laju ke tidak, berapa kali kena ulang bla bla bla

berdasarkan pengalaman ni, ana tabik spring lah kepada cikgu2 yang melayan kerenah anak murid yang pelbagai dan...
mereka tahan berdiri dalam masa yang lama untuk mengajar..
ana banyak jugak mengelat, mengajar sambil duduk haha
mana tak nye, kelas start pkul 10.15 pagi sampaila pkul 5.30 petang.. 
tak menahan la kan nak berdiri lama2...

tapi paling menyeronokkan adalah bayaran yang diterima..
1 jam = ¥4000 = RM 120 (ikut currency skrg)
walaupun kelas ana sekali je, tapi banyak pengalaman yang berharga..

bila balik pun, ana balik ikut masa orang balik kerja..
train penuh!! tak suka lah jugak tapi still gembira walaupun penat..
sepanjang perjalanan, dalam hati ni dok kata jer, camni rupanyer perasaan orang penat2 balik kerja...




*p/s: dalam kesibukan siapkan thesis, ana sempat curi masa sehari untuk merasakan pengalaman yang tak pernah ana rasa sebelum ni.. Alhamdulillah, thank you Allah for giving me those opportunities..