Sunday, December 30, 2012

C.H.E.E.S.E.C.A.K.E

Assalammualaikum wbt

Dah lama sebenarnya teringin nak buat unbaked cheesecake..
tapi bila tengok resipi mesti ada guna gelatin..
dah dok kat Jepun ni mana nak dapt gelatin halalnyer
masa balik cuti haritu pun ada try cari kat carefour, giant tapi tak jumpa jugak..
tapi ada sorang junior ni cakap, dia penah buat juz guna serbuk agar2 pun boleh..
jadi ana pun nak cuba lah..

so here it is, the cake!
   

Bahan-bahan

200g cream cheese
18 keping biskut Oreo (tak perlu buang cream, hancurkan)
1-2 sb marjerin (agak2 biskut boleh melekat)
50g gula
1 st lemon juice
200ml whipping cream
8g serbuk agar2
70ml susu segar
3-4 sb jem blueberry

Cara-cara

1. Biskut oreo yang telah dihancurkan digaul bersama marjerin sehingga sebati. Ratakan di dalam spring-form pan, tekan dengan sudu supaya bahagian dasar mampat. Masukkan ke dalam peti ais lebih kurang selama 2 jam.
2. Pukul whipped cream dan gula sehingga whipped cream betul2 kental, tak jatuh bila mangkuk diterbalikkan.
3. Panaskan susu dan serbuk agar2 sehingga sebati.
4. Dalam mangkuk yang lain, pukul cream cheese sehinnga lembut. Masukkan susu, dipukul sehingga sebati. 
5. Masukkan jus lemon dan jem.
6. Masukkan whipped cream.
7. Setelah sume bahan sebati, masukkan ke dalam pan. Kemudian sejukkan dalam peti ais 3 jam atau lebih. Siap.




*p/s: Alhamdulillah menjadi. Resipi asal dari blog jintan manis.

C.H.I.L.D.D.R.E.A.M

Assalammualaikum wbt.

Kelmarin baru habis tengok episode drama bersiri 'Mimpi Cinderella'
Well, best jugaklah cerita tu.. 
Lakonan Zarina memang mantap! 
Bile tengok cerita tu, mula lah ana pun ikut berangan.. hihi

ok ok
bukan tu ana nak cerita sebenarnya..
27.12.2012 haritu hari pembersihan, mengemas lab besar-besaran..
memang penatlah jugak mengemas kan tapi ana rasa seronok sangat..
banyak berborak ngan Tomoko San, secretary lab.. (rasa macam curi tulang plak hihi)
kemas punya kemas...
ada la beberapa set game.. 
ada PS2 2 set
ada game cube
ada lg 1 set game tp xsure name ape..
bagi orang lain memanglah set game tu dah lama, dah ketinggalan zaman..
tapi bagi ana still bernilai..
jadi..
dengan muka tak malu nyer, ana pi cakap kat Tomoko san, kalau game tu nak buang, boleh tak kalau ana nak 1 set..
ingatkan sekadar main2 jer lah kan..
satgi, memang dapat betul2!!
ana plak yang rasa bersalah..
macam caya tak percaya je dorang bagi free je ps2 tu kat ana..
set ps2 ngan 2 controller, plus game!
This is what we call a dream comes true!
masa ana sekolah rendah dulu, sepupu-sepupu ana sume ada set game, ana je yang takde..
budak2 kan..
jadi ana pun teringin jugak nak benda yang sama..
ana pernah minta ngan ayah untuk belikan, tapi ayah tak nak belikan..
ana ingat lagi dialog ayah 'kalau ana minta ayah beli kan buku, harga sampai rm1000 pn ayah tak kisah, tapi kalau game, ayah tak boleh belikan'
time tu dalam kereta...
but now, i am 23 years old..
akhirnya dapat jugak, walopun ps2 je... 
janji percuma! hihi
ana cerita lah kat ayah, pastu dia cakap 'ana taw kan, nape ayah taknak belikan? ayah taknak ana main game'
time dengar tu rasa cam nak nanges tp sekarang ana dah 23 tahun, ana nak merasa perasaan punyai game set, so harap ayah tak halang..

Embedded image permalink
-can u see the actual price of the game set?????-


*p/s: I won't give this game to Is!! hahahahaha baru ade internet je dah main game macam ape, ni kan klu ada benda2 mcm ni.. lagi tak belajar budak tu.. xmo bagi!

Sunday, December 23, 2012

A.U.T.U.M.N

Assalammualaikum wbt

Setakat ni Alhamdulillah dah 4x ana melalui musim luruh..
Ana berharap ini adalah kali terakhir ana lalui sebagai student undergraduate..
Ana nak lalui lagi sebagai pelancong mahu pun sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi..


2009





2010





2011





2012


S.P.R.I.N.G

Assalammualaikum wbt..

hari ni takde kerja ana tengok2 lah gambar sejak mula2 ana datang Jepun..
Konon nyer nak tengoklah perubahan diri ana ni macam mana..
haha takder kerja kan???



2009



2010




2011



2012



S.A.M.B.U.T.A.N.R.A.Y.A

Assalammualaikum wbt

Kalau dah study di perantauan, sambutan raya memang wajib ada lah kan.
tak kisah lah raya haji ke raya puasa ke..
memang ada sambutan untuk komuniti Melayu tak kisah lah di mana pun di seluruh pelusuk dunia..
jadi memang jadi aktiviti tahunan lah kat Nagoya ni pun ^_^
Maknan biasalah yang berkeluarga akan bawak makanan yang enak2...
Yang bujang tolong perabih an!!! hahahaha
tapi dengan ada nyer aktiviti macam ni lah baru taw kewujudan si polan ni si polan tu.. 


2009


-with E.E senior yang banyak membantu sepanjang 3 tahun belajar sama2-



*gambar beramai takde huhu sebab kene pergi amik exam Toeic.



2010




2011





*gambar satu komuniti takde dalam simpanan huhu


2012






-special pic this year, since this gonna be the last year we're together as 1 batch-

M.T.F.U.J.I

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah! Pengalaman paling berharga masa awal2 lagi, tahun pertama di Jepun..
sebenanrnya tak sangka, orang yang tak minat sukan lasak ni berjaya menawan gunung fuji!!
tahu tak??? panjat gunung itu sangat memenatkan!!!
walaupun ana naik masa musim panas, tapi kat ats tu macam musim sejuk!!!!
separuh jalan ana dah rasa nak mengalah dah, tapi berkat sokongan kawan2 yang paksa gak tarik sampai atas, akhirnya berjaya walaupun tak sempat sampai puncak sebelum matahari terbit...
nak turun tu pun satu hal!!
sakit kaki..
punyerlah penat sampai tido je kat lereng dah tak hirau orang pandang ke ape dah..
ana jadi orang terakhir sampai bawah..
macam nak pengsan tahu????

tapi apa2 pun Alhamdulillah pengalaman sangat menarik!

-muka dah tak larat.. buruk giler!-


-Alhamdulillah finally!-

-Subhanallah!! cantik tahu?-





-disebabkan tak sempat sampai puncak, tengok dari lereng pun jadi-



*p/s: sumpah ana takkan nak panjat gunung lagi!! itulah pengalaman pertama dan terakhir ana!

P.E.R.A.R.A.K.A.N.B.E.R.A.G.A.M

Assalammualaikum wbt

Masa tahun 1 dulu, ada satu aktiviti perarakan beragam yang memang boleh dikatakan wajib untuk disertai oleh budak2 tahun 1 untuk promosikan pesta universiti..
Macam2 lah ragam yang menarik, lagi2 masa tu ana baru je kan start hidup kat tempat asing kan..
dengan tak tahu nama kawan2 satu batch, jalan berarak pusing Sakae..
Yang lelaki berpakaian macam perempuan lah, semua berperwatakan sengal! haha orang Jepun memang sinonim dengan sengal diorang..

masa berarak tu memang malu ah sebab sume orang tengok kita kan..
lagi2 ana pakai tudung an, bagi orang Jepun tu dah cukup pelik..
ni kan lagi join benda ni.. hahahahhaha





Saturday, December 22, 2012

B.U.N.G.A.I.T.U.C.A..N.T.I.K

Assalammualaikum wbt

Subhanallah!!!
Tahu tak ciptaan Allah itu sangat cantik????
Bila berada di negara 4musim, dapat tengok pelbagai ciptaan Allah yang sangat memukau!
Antaranya adalah bunga..







Tuesday, December 18, 2012

C.H.O.C.A.K.E

Assalammualaikum wbt

seperti yang dinyatakan dalam entry sebelum ni, ana buat kek hari lahir sendiri..
kali ni ana buat kek cekelat yang mana resipinya sangat mudah! murah! tapi bagi ana sangat sedap!

Embedded image permalink

Bahan-bahan:
1 cwn tepung gandum
1 st baking powder
1/2 st soda bikarbonat
1/2 cwn serbuk koko
2 sb susu tepung
1 1/4 cwn air sejuk dari peti ais
1 cwn gula perang
1 st esen vanila
1/2 s/t coklat bread spread
1/2 cwn minyak masak
1 st jus lemon
secubit garam

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 160 deg
2. Ayak tepung,baking powder,soda bikarbonat, serbuk koko dalam satu bekas besar.
3. Masukkan gula perang, susu tepung, garam dalam bekas yang sama. Kacau rata.
4. Masukkan air, minyak, esen vanila, coklat bread spread. Kacau dengan whisk.
5. Masukkan jus lemon. Kacau sehingga sebati dan tak berketul.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang yang telah disapu dengan lapisan mentega. Bakar dengan suhu 160 deg selama 40 min.

Hiasan
2 bar coklat
1 st madu
susu segar secukupnya

Cara-cara
1. Cairkan coklat dengan cara double boiling
2. Masukkan madu. Kacau sampai coklat betul2 cair.
3. Masukkan susu sikit2 sehingga coklat tidak terlalu likat.
4. Tuang ke atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.



*p/s: kali ni ana tak letak soda bikarbonat sebab takde tapi rasa still sedap. Fungsi soda bikarbonat untuk menjadikan kek berongga, jadi kalau takde, juz jadi padat je kek tu.
Resipi asal ana rujuk di blog Jintan Manis

17/12/2012

Assalammualaikum wbt

Embedded image permalink  Embedded image permalink

1st pic terasa decoration kali ni kemas tapi 2nd pic comot lol!

BTW tarikh yg tersebut di atas adalah tarikh lahir ana untuk yang ke.......

Tahun ni walaupun tak menerima ucapan/ wish yang banyak tapi ingatan tulus ikhlas yang mengucapkan selamat sangat mengharukan hati ni..
Setiap kali message yang diterima pasti air mata tak lekang mengalir dari takungannya..
Terima kasih banyak kepada yang mendoakan yang terbaik untuk ana 

Terutamanya ucapan daripada ibunda dan ayahanda yang tercinta..
Embedded image permalink Embedded image permalink Embedded image permalink

video dan message dari BFF!!! dan message dari  family dan kawan2..
Embedded image permalink Embedded image permalink Embedded image permalink
Embedded image permalink Embedded image permalink Embedded image permalink


harapan hari ni bawak kek gi lab nak meraikan dengan ahli2 lab namun, disebabkan kene buat eksperimen, jadi mereka makan dulu tanpa mengetahui tujuan kek itu dibawa sebenarnye.. (sedih tak cerita??? hihi)
tapi sekembalinya dari bilik eksperimen, terlihat kek dan air dihidangkan atas meja ana membuatkan ana tersenyum ^__^  
Embedded image permalink

Kemudian setelah lama mengidam nak makan makanan korea, akhirnya tercapai jua akhirnya walaupun dalam keadaan scholar tak masuk lagi hihi
Embedded image permalinkEmbedded image permalink

Tahun ini insya-Allah merupakan tahun terakhir ana menyambut hari lahir di perantauan setelah 4tahun buat kek sendiri, masak special sendiri, buat majlis jamu orang sendiri  T__T
Mungkin kerana itulah kali ini senang sangat air mata mengalir, dan mungkin jua faktor usia yang semakin mendekati mati T_T


*p/s:
"Terima Kasih Allah kerana masih memberi ana kesempatan untuk terus menghirup udara hingga ke hari ni, Ya Allah, ana bermohon  kepadaMu agar Engkau menetapkan hatiku di jalanMu.. agar Engkau mempermudahkan ana dalam usaha mendekatiMu.. janganlah Engkau terus menggelapkan hatiku "

Saturday, December 15, 2012

B.A.K.A.T

Assalammualaikum wbt

Seorang pelakon TANPA BAKAT dia kaku
Seorang penyanyi TANPA BAKAT dia sumbang
Seorang Pendakwah TANPA BAKAT penyampaian tak terkesan
Seorang Arkitek TANPA BAKAT lukisan plan  tak menarik
Seorang pemimpin TANPA BAKAT ahli bawahan tak terkawal..
etc

Nampak tak kat situ, BAKAT itu penting dalam apa jua perkara, apa jua profession yang diceburi..

BAKAT = sesuatu yang memang telah ada secara semula jadi dalam diri

itu apa yang selama ini ana fikirkan..

Namun adakah BAKAT itu boleh dipelajari, kemudian dengan usaha, ia dapat dipupuk dan dibentuk??

Ada sahabat ana berkongsi pendapat..

Bakat itu adalah hasil daripada kefahaman sesorang individu terhadap apa yang dia lakukan..
Analoginya..

2 orang tukang masak, menggunakan teknik masak yang sama tetapi masakan yang disediakan mempuanyai rasa yang berbeza..
Kenapa?
adakah mungkin seorang ada bakat memasak, dan lagi seorang hanya berlandaskan teori masakan?
Mungkin bukan kerana bakat yang membezakan mereka tetapi kefahaman mereka tentang teknik masakan mereka..
mungkin seorang beranggapan penggunaan lemon utk menambahkan rasa masam jadi dia letak sedikit..
mungkin seorang lg beranggapan lemon itu untuk menutupi bau hanyir pada daging mahupun untuk perapan agar lebih sedap, maka penggunaan lebih banyak..
jadi rasa masakan mereka berbeza..

seorang perenang mungkin bukan seorang penyanyi yang baik..
kerana, perenang lebih faham tentang teknik berenang dan pernafasan, bukan teknik nyanyian jadi dia pasti tidak mampu mengalunkan suara dgn merdu..

tambahan lagi setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza membuatkan interpretasi terhadap sesuatu perkara itu berbeza, penerimaan pun berbeza..

Jadi bukan kerana seseorang itu tidak berbakat tetapi mungkin citarasa orang yang mengadili dia tidak dapat menerima cara luahan individu tersebut, mahupun individu itu masih belum dapat menguasai/memahami apa yang dia sedang lakukan..




*p/s: haha tetiba je kan? ni semua sebab gambar yg ana ambil takde seni!  mungkin ana takde bakat?  tapi memang ana terpikir, klu ada yang nak bagi pendapat silakan..

Wednesday, December 12, 2012

G.O.S.O.K.G.I.G.I

Assalammualaikum wbt



Comel tak gambar budak kecik gosok gigi ni? hihihi
Dulu kalau sekolah tadika mesti ada sesi gosok gigi beramai-ramai kat tepi longkang.. ingat tak??
Bila masuk sekolah rendah pun ada jugak sesi nurse ajar cara gosok gigi dengan betul..
Dari kecik kita dititk beratkan tentang penjagaan gigi..
Gosok gigi lepas makan, sebelum tidur, lepas bangun tidur etc supaya boleh dapat gigi yang cantik menarik kau memang DABOM! macam kat bawah ni..



Bila ana kat Jepun memang nampak sangat penjagaan gigi sangat dititk beratkan..
especially kalau perempuan lah..
bila ana masuk toilet perempuan mesti orang2 jepun ada satu beg kecik yang lengkap dengan set penjagaan diri..
So, memang fenomena biasalah kalau masuk toilet tengok diorang tengah gosok gigi ke make up ke..

Tapi ada satu perkara yang wat ana memang terkejut dan tak boleh terima..
Budaya berus gigi tu dah bagus dah tapi..
sejak ana masuk lab..
senior2 ni gosok gigi tak kira masa, tp mostly lepas makanla..
itu ok lagi..
yang ana tak menahan tu, diorang gosok gigi lama sangat pastu boleh gerak2 ke sana ke mari..
haish rimas!! 
dah tu bercakap2 lagi, borak2.. 
serius tak faham...


*p/s: agak2lah kan kalau selalu gosok gigi, lapisan luar gigi tu boleh menipis tak??? hihi