Kenapa cincin disarungkan ke jari manis ketika majlis pertunangan dan pernikahan?
Rapatkan tangan dan ke 5 5 jari kanan dan kiri, bertemu antara satu sama lain (macam orang Jepun buat itadakimasu)
ibu jari - ibu jari
jari telunjuk - jari telunjuk
kesemuanya
Bengkokkan / lipat jari tengah - jari tengah
Renggangkan ibu jari - ibu jari
Kenapa boleh direnggangkan?
Ibu jari mewakili kedua ibu bapa kita yang mana bila tibanya masa suatu hari nanti, pasti mereka akan meninggalkan kita.
Renggangkan jari telunjuk - jari telunjuk
Kenapa boleh renggang?
Jari telunjuk mewakil adik-beradik kita yang mana mereka akan membina kehidupan sendiri bersama keluarga sendiri dan pastinya suatu hari mereka akan meninggalkan kita jua
Renggangkan jari kelingking - jari kelingking
Kenapa boleh renggang?
Jari kelingking mewakili anak-anak kita yang akan membesar, membawa haluan hidup sendiri dan pasti jua akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
Renggangkan jari manis - jari manis?
Boleh renggangkan??
Pasti tidak boleh... kenapa???
sebab itu lah cincin disarungkan di jari manis ketika pertunangan dan pernikahan..
kerana cinta yang berasaskan fitrah dari Allah, lahir ikhlas dari hati bukan bersandarkan kepada apa-apa pun jua, akan kekal hingga akhir hayat.
Masih wujudkah Cinta Jari Manis?
*p/s: petikan daripada cerekarama Mencintaimu minit 56:40 - 59:20
o0..nice info kak hana..kikikiki
ReplyDelete