Saturday, April 30, 2011

H.A.T.E.S

Assalamualaikum wbt..

H.A.T.E...

orang yang takde budi bahasa..
-"budi bahasa budaya kita".. tak reti2 ke nak ringan kan mulut tu bertanya kabar, bermesra, bertegur sapa.. ni dok.. ada EMAS ke dalam mulut tu??

orang yang berat tulang..
-kalau dah nampak ada orang lain kelam kabut tak reti2 ke nak ringan kan tangan tu membantu, tak banyak sikit pun jadila.. ini tak, taw goyang kaki ajer, bila dah siap dia yang melulu..

orang yang suka membangga diri, takleyh orang laen lebeyh dari  diri dia..
-asal orang lain bercerita ajer, nak gak 'up' diri dia jugak.. orang cakap pasal ada itu ada ni, dia pun nak gak cakap dia beli tu beli ini..

orang yang berkira..
-kalau kamu tu dah berkira sangat, orang lain pun akan berkira lah ngan kamu..sorok2 tak nak orang taw la konon.. macam terhingin sangat ke??? "this is MINE!""ada aku kesahhh nyahh!"

orang yang pandai cakap tapi habuk pun taraaaakkk..
-dok canang kat orang reti buat tu reti wat ni,aahh senang jer.. tapi sendiri ada try?? 

orang yang suka menggunakan orang lain demi kepentingan diri sendiri..
-kalau nak usaha la sendiri, nape perlu nak suh orang lain plak wat.. orang lain yang susah2 dia goyang kaki

orang yang cakap tak berlapik..
-suka sangat lepas cakap, agak2 ah orang yang dengar tu ingat tak panas telinga ker?? nak tegur ke ape ker biar la berhemah, terus tertusuk jantung tembus plak tu.. 

orang yang cakap tak serupa bikin..
-pung pang pung pang cakap tapi... huummmppphhh hasil nye?? hammppeehhhhhhh nak nasihat orang tapi diri sendiri.. "addooiiyyaaiiii" kan Ah Chai dah marahhhhhh

orang yang tak hormat perasaan orang lain..
-suka ati ja maw cakap apa, maw buat apa.. apa kamu ingat kamu tu siapa? ahli majistret?!! ahli muzikkk?!! tak sedar ka apa yang kamu cakap/ buat itu sunggooooohh menjengkelkan? 

orang yang bermuka-muka..
-siyes you pandai berlakon.. depan i u baeekk, belakang?? "ada aku kesah??" sambil meletakkan tangan yang lentok ke dada.. peelliizz

orang yang poyo....s!
-alloo kawan, lu ingat lu bagus sangat kerrr? bajet!!!  

orang yang suka menipu..
-nak kaber line nyer pasal.. habeh di'kencing' nyer orang ngan cerita yang dia reka..

orang yang langsung tak sensitif ngan sekeliling..
-kalau dah nampak sepah ke, tak berkemas ke, tak reti ke nak wat something?



orang yang suke merendah-rendahkan orang lain, bajet dia baggguuusssss
-ni lagi satu... alooo la kawan.. kalau kamu tu memang bagus pun, janganlah perlekehkan, perbodohkan orang lain.. mungkin one day dia mampu jadi lagi baek.. kalau niat provoke pun, agak2 ah derr 

orang yang suke tengok kelemahan orang lain
-kalau orang laen sedeyh, susah, kamu pun suke.. konon jadi pembakar semangat untuk diri sendiri.. 

orang yang tak reti2 nak jalankan tanggungjawab sendiri
-kalau orang dah tugaskan soh wat something tu.. wat la ngan baik.. orang dah bagi kepercayaan kan.. Allah pun tengok kita jalankan amanah ke tak.. "ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.." 

orang yang suke mengarahhhhhhh ajer
-"hoi2! bukan camtulah.." "nak.. wat untuk aku"... ape lu ingat wa kuli batak lu ker derrrr~ 

orang yang langsung tak faham perlunyer untuk dia sendiri pikir apa yang dia patut wat untuk tak menyusahkan orang lain..
-ada otak ada akal gunala.. jadi la orang berguna untuk orang lain.. wat keje sikit pun tak, mengharapkan orang ajer.. kalo camtu sampai bile tak berubah


orang yang tak reti nak beringat, nak belagak jer
-"nak beli ni... nak tuka henpon la.. nak pergi..." ade tempat cop duit kat belakang rumah?? kalau dah tak mampu tu wat cara tak mampu.. sanggup meminjam, berhutang.. tak penting kot sume tu!!! nak berlagak jer lebih.. "ukur baju di badan sendiri dulu..." 

orang yang sibuk jaga tepi kain orang
-tak perlu nak sebok la! jaga sendiri punyer sudaahhhh.. sebok nak taw, curik2 dengar, korek2.. annnnoooyyyiiinnnggg

Please.. be sensible.. agak2 ah jugak bila dah bergaul ngan orang.. it is so irritating ok!!!! kalau dah namenye ade interaksi,komunikasi kene bijak2 ah.. kene jaga perasaan orang laen gak.. 

YOU'RE NOT the ONLY person yang bagusssss! 

RESPECT OTHERS!

BE HELPFUL!

I DON'T HATE YOU.. 

I HATE YOUR ATTITUDE!

DAAAAA~

USE YOUR BRAIN AH DERRRR~

*so, kalau taknak orang lain H.A.T.E. kita, kita janganla wat benda2 ka atas tu kan sebab kita H.A.T.E

Wednesday, April 27, 2011

M.E.O.W

Assalamualaikum wbt.

Dah hampir seminggu dah budak 2 ekor ni ada kat rmh ana. Kadang-kadang mencuit ati, kadang-kadang membengkakkan ati diorang ni~ Tapi dah namenye M.E.O.W.. camtulah perangai depa~

M.O.M.O.I



O.C.E.Y-O.C.E.Y




* p/s : amik gmbr momoi lg senang,ade jer benda menarik nk capture, tapi si ocey-ocey ni... kejap2 gerak.. tensen tol! xpat nak capture yg tbaek

Sunday, April 24, 2011

C.A.M.P.U.S.L.I.F.E

Assalamualaikum wbt.

Some people say...
 C.A.M.P.U.S.L.I.F.E  is the best moment in your entire life.

With in 4~6 years during your campus life, you'll be experiencing  lots of interesting things.
These are some things that I've been thru and learnt...

  • u'll do something that you've never imagine u'll do
  • u'll tour around the world or at least to the place u've never been before
  • somehow u'll have more money (especially who got scholarship)
  • u'll spend more money for shopping, hangout with frenz, etc
  • u'll have something quite expensive like dslr, iphone, etc
  • u'll meet ur soulmate
  • u'll start to think bout ur future (job,marriage, further study,.....)
  • u'll learn to manage urself, become more independent
  • u'll know which one is ur 'sahabat' and ur 'kawan'

........etc


every moment in ur life is P.R.I.C.E.L.E.S.S
enjoy ur life because life is too short to waste. 
(but don't forget Allah is always watching us)

.......................and my campus life doesn't feel lonely as long as 'they' are my 'S.A.H.A.B.A.T'  


Saturday, April 23, 2011

B.A.I.K (sambungan)

Assalamualaikum wbt

............
"sesiapa yang beriman dengan Allah itu B.A.I.K."
"beriman dengan Allah itu camne?"
"apabila buat semua perintah Allah dan tinggalkan larangan-Nya.. Amar makruf nahi munkar."

-- > cukup solat tapi tak tutup aurat
-- > tutup aurat tapi bulan Ramadhan puasa 'yang yok'
-- > baca Al-Quran hari2 tapi pegang bukan mahram
semuanya serba tak kena. Tak cukup B.A.I.K lagi...

'....masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata'
(Al-Baqarah : 208)

kelihatan macam mudah nak jadi B.A.I.K sekali imbas. Kadang-kadang kita tak sedar perbuatan seharian kita ni sebenarnya mengikut syariat Allah atau tidak. Kalau itu pun kita dah tak sure, mana letaknya AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR

benda yang kita selalu suka nak buat tu la kebanyakan nyer dilarang oleh Allah swt. Tapi kebanyakan kita juz pandang sebelah mata sebab kita nak gak wat benda tu. 

Jadinya nak berubah jadi B.A.I.K kita perlu usaha untuk masuk sepenuhnya dalam Islam. Bukan amik part yang kita rase kita leyh ikut, yang tak menghalang kita daripada wat bende yang kita suka. 

.."Allah tengok usaha, bukannya natijah/hasil"

Apa yang penting?
USAHA
Apa yang penting? 
USAHA
Lepas kita dah usaha, kita berserah, bertawakal kepada Allah agar kita diberikan hidayah dan rahmat-Nya untuk berubah menjadi B.A.I.K

Nak wat perubahan, pembaharuan dalam diri kita yang dah tentu sebati dalam jiwa, opkos memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran.

Contohnya -- > bukan mudah untuk seorang perempuan yang pada asalnya tidak memakai tudung, dikelilingi oleh orang yang tak menitik beratkan pasal tudung untuk memakai tudung. Sungguh kuat pertempuran dan pergolakan yang berlaku dalam jiwa.

Namun kalau kita tekad untuk melakukannya demi mendapat redha Allah swt. Insya-Allah segalanya dipermudahkan.

Apa-apa pun ISTIQAMAH itu penting. Tak guna jugak kalau kejar nak berubah itu ini tapi lama2 jadi dah tak leyh nak 'go on' lagi. 

.."tak salah kalau nak ubah ONE THING at ONE TIME"
"SOMETHING is better than NOTHING"


* apa yang ana nyatakan kat atas ni adalah something yang amat memberi kesan kepada ana lepas membaca buku VERSUS karya HLOVATE.
Buku ini membantu menaikkan semangat untuk melakukan perubahan.

*Olahan yang ana wat di atas banyak kekurangannya. Jika ada teguran yang ingin diberikan sila lah. Ana akhiri dengan memohon maaf jika ada kesalahan.

B.A.I.K

 Assalamualaikum wbt

Pada suatu malam, datang sorang anak mengetuk pintu bilik ibunya. TOk! ToK! TOk!

Mama..Mimi rase mimi ni teruklah~!
Mimi nak jadi baik....



Ade orang kate Mimi ni jahat ke? 
Mama tengok okeyh ajer... ape yang tak kene lagi?

Macam2! Mimi malu bila banding ngan orang lain.




Camne tu?? Mama tak phm la~ ce cite..




Bila tengok Mila, Munnira.. 
Mimi rase renddah diri sangat. 
Nak jalan dengan diorang pun segan.. 




Nape plak ngan diorang tu?


Yela.. dorang kan baik.. 
pakai tudung labuh,lemah lembut..
Mimi plak? 180 darjah lain.. 


Mimi tak teruk pun mama tengok. Mimi pun baik jugak. 
Mimi pun menutup aurat, lemah lembut jugak.




Tak la mama. Terukla! Mimi nak berubah jadi baik tapi...
Mimi tak nak hipokrit.. tak kena ngan jiwa




Mama nak tanye, dari tadi Mimi dok sebut nak jadi baik.. 
Bagi Mimi, baik tu ape? camne?




Baik tu... baiklah ma.. 
Alim, jaga batas, lemah lembut, pakai tudung labuh, pakai baju besar2...
orang lain pandang pun respect!


Macam tu ke.. heeeemmmm~ 
Meh mama nak kongsi daripada apa yang mama penah bace.




ce cite ce cite~ hi5






******* nantikan sambungan ******* 

G.E.N.G

Assalamualaikum wbt 
SMKA SHAMS tempat bermula,
  Salam perkenalan bertegur sapa,
Walaupun kini serata dunia,
  Ukhwah persahabatan tetap bersama.
  

Syuhaidah nama yang pertama,
  Di 1 Ihsan bermula segalanya,
Walaupun baru sahaja berjumpa,
  Berborak macam dah kenal lama.

Ada masalah melanda diri,
Cepat-cepat dia ku cari,
Mungkin dia dah tak suka lagi,
    Asyik kene layan kerenahku ini.


Afdhal pula tidak kurangnya,
1 Ihsan jua tempat berrmula,
Banyak perkara dilalui bersama,
Pahit masam ditelan semua.

Bergayut di talipon lama tak hengat,
Tanya 'homework' dan gosip terhangat,
Perasan diri jejaka terhebat,
Tapi kami tetap sayang ko ketat2.

Tidak dilupa Si Anas Fahmie,
Pembahas terbaik pernah digondoli,
Keletah kamu sentiasa diingati,
Buat kami tak kering gusi.

Dia si diva penceria suasana,
Kreatif inovatif sangat orangnya,
Pernah ku kata kepada dia,
Reka bajuku untuk hari raya.

Khairiyah Mustapha putih jelita,
Saat berkenalan aku dah lupa,
Di sekolah kami PSS berjaya,
Mungkin itu punca segalanya.

Bakal doktor beberapa tahun lagi,
Boleh membantu di kemudian hari,
Punya persamaan antara kami,
Moga persahabatan kekal sampai mati.

Mamanya pernah mengajar kami,
Subjek febret Bahasa Arab Tinggi,
Hanan Mahmood nama diberi,
Belum kenal tak cinta lagi.

Peribadi sempoi gila-gila orangnya,
Walopun begitu otak geliga,
Kini di Jordon susah nak jumpa,
Kalau dah jumpa tak ingat dunia.

Siti Hazura tinggi orangnya,
Makan banyak tak gemuk jua,
Kini di Sabah kaji batu-bata,
Selalu ke lapangan membuat kerja.

Paling senyap antara kami,
Cerita di FB kurang sekali,
Nak habis belajar tak lama lagi,
Boleh minta duit raya nanti.

Cukik comel nama panggilan,
Selalu sangat berlari-larian,
Sedang belajar kos perubatan,
Nak berkhidmat kepada anak watan.

Bila berkata lembut bicara,
Bijak berlapik tak sentap jiwa,
Bab gadjet up to date sahaja,
Menarik sunggoh Si Syukri kita.

Syahmi jua diva terhebat,
Oversea sahaja yang dia ingat,
Rambut lurus fesyen terhangat,
Kata orang tak ambil berat.

Banyak cakap tak henti-henti,
Tapi hati lembut sekali,
Jangan diusik jangan dikeji,
Takut bermusuh pulak nanti.




*p/s : kamu semua sentiasa dalam ati ana insya-Allah sampai bila2. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila2 even kita semua dah kahwin, ade anak, cucu, cicit... kite GENG kan??!!

  

Thursday, April 14, 2011

Hanami XTRA

Assalamualaikum wbt

Entry ni plak ana nak letak gambar yang diambil masa hanami.. takkan la amik gambar sakura semata-mata kan~

Tsurumai Park (6/4/2011)


Park tepi kubur (10/4/2011)


*p/s : kali ni nyer kaler gambar cam pelik plak.. tapi saje nak cube... wat do u think?

S.a.K.u.R.a

Assalamualaikum wbt.

kali ni ana nak letak gambar sakura aje.. Subhanallah memang cantik giler lah kalau tengok sakura.. amik gambar pun tak dapat nak mengabadikan kecantikan alam ciptaan Allah swt..

 Tsurumai Park (6/4/2011)

Tsurumai Park (6/4/2011)

*sama dengan gambar di atas cuma kaler lain


*p/s : apa pandangan korang plak dengan gambar kali ni?

H.A.N.A.M.I

Assalamualaikum wbt

Fuuuhhhh!!!~ lama dah rasanyer tak update blog ni.. sampai2 je Jepun dari Malaysia terus pindah rumah.. rumah makin besar la skit.. so banyak benda la kena kemas.. sekarang pun kelas dah mula.. (tapi still rasa malas nak bangun pagi.. haaiiyyaaaak!

Bila dah masuk bulan 4.. opkos la SAKURA yang dinantikan.. sambil2 menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt, orang2 Jepun ni suka la berkelah bawah pokok sakura... dan kami pun wat la benda yang sama.. ana hanami setakat ni gi 2 kali.. ngan senior pempuan sekali ngan family2 sekali.. 

ngan senior pempuan (kak ain,kak mas,kak nieza) kitorang tak masak pun.. hi5 kitorang beli jer ape yang ada kat kedai. (roti, strawberi,jajan.. etc) pastu makan lepak2 borak2 tanya macam2 kat kak nieza.. (almaklumla.. orang tu dah kahwin, ngah menanti kelahiran baby sulong lagi 2~3 bulan.. korek2 la kan.. hi5

ngan family2 plak.. ana nek 1 kereta ngan senior2 yang dok rumah atas ana + hosmet.. kitorang masak nasi lemak.. yang lelaki plak wat BBQ.. sampai2 je kat taman tu (sebelah kubur plak tu.. ish2) family2 sume dah sudah makan ngah relax2..budak2 sume bermain2..

kalau dah namanyer ngan family.. makanan takyah nak risau la.. punyerla banyaaaaaaakkkk!!!!!!! (kalau taw kitorang takyah bawak nasi lemak) walopun banyak, tapi diorang rase gak masakan kitorang.. hi5 (dah lulus leyh kawen.. ha5 siap ada yang tanya camne wat sambal cam kitorang) *wink2

memang enjoy la kalau ada hanami.. dapat borak2.. mengeratkan silaturrahim.... 




*p/s : sesama nagoya @ meidai tak wat lagi~ kouhai dah sampai ssaaaa neee~

Monday, April 4, 2011

Lawatan ke kebun

Assalammualaikum wbt

Gambar2 kali ni di ambil kat kebun family ana kat Bongek. Bile gi semalam, terasa kebun tu cam mengecik plak.. dulu2 terasa macam jauhnye la nak sampai kat belakang kebun..

-sebahagian kebun-

-korang taw x ni bunga durian?-

-limau kasturi-


-mengemas sabut kelapa-


lepas gi kebun gi rumah Pak Ngah. Pak Ngah ada bela sekor monyet.Dah besar dah.

-mek-


*p/s :Ana punye la tak minat nak gi kebun sejak kecik, kadang2 jer la ikut.. hi5 (nyamuk banyak, takut ada ular, etc) Pe2 pun kalo nak komen pasal gambar, sila la..