Saturday, July 30, 2011

P.A.U C.A.N.T.E.K

Assalammualaikum wbt

Memandangkan ade sorg junior ni request nak blaja wat pau ngan ana...
jadinyer arini ana telah wat pau! ^__^

PAU CANTEK

Bahan2:
500g tepung gandum
1/2 st baking powder
1 st garam
2 sb gula (ikut suka, kalau suka manis tambah lg skit)
1~ 1 1/2 st dry yis
2 sb marjerin
1 1/4 cawan air suam


Inti
terserah ikut kesukaan masing2--> kacang merah/kaya/kentang


Cara2:

  1. masukkan yis + sedikit air suam dalam mangkuk besar, biarkan yis berbuih --> aktif
  2. masukkan marjerin yg dh dibiarkan pd suhu bilik
  3. masukkan tepung sikit2 sambil gaul supaya tepung dan marjerin sebati
  4. masukkan air suam yg telah dilarutkan dgn gula dan garam sikit2
  5. gaul adunan sehingga tak melekat di jari 
  6. biarkan adunan sehingga doh kembang 2x ganda
  7. bentukkkan doh kpd bulatan kecil utk masukkan inti 
  8. biarkan kembang sekali lagi sebelum dikukus
-sebelum dikukus-

-selepas dikukus-

-setelah dimakan separuh- hi5 ^__^

*p/s: ana bagi nama pau ni PAU CANTEK sbb tekstur pau yg ana wat kali ni lebih cantik dpd cubaan pertama ana dulu. pastu ade ke patut Si junior ana tu asyik cakap dia wat lg comel/cantik dpd ana wat.. dah kire lawan cikgu dah ni.. hi5

No comments:

Post a Comment