Thursday, October 25, 2012

M.A.R.A.H

Assalammualaikum wbt.

Pernah dengar tak cerita Rasulullah SAW dengan pengemis buta?
Tak pun cerita Rasulullah SAW dengan orang kafir yang suka meletakkan najis di tempat laluan baginda..?
Atau mungkin apa-apa cerita tentang Rasulullah SAW dengan pelbagai dugaan yang diberikan oleh orang disekelilingnya..?

Bila teringat akan kisah-kisah tersebut, ana rasa sangat malu pada diri ana sendiri..
Rasulullah SAW yang merupakan kekasih Allah itu sendiri melalui pelbagai dugaan, sama ada oleh orang yang dikasihinya mahupun orang yang membencinya...
Ini kan pula ana yang bukan siapa-siapa, amalan pun yang pastinya belum cukup untuk membolehkan ana ke syurga yang abadi..
Baru sedikit dugaan yang mengganggu ana, baru sedikit masalah datang menyusahkan hidup ana, ana dah melatah.. 
Marah pada orang yang mendatangkan masalah sedangkan Rasulullah SAW lagi banyak perkara yang mendatangkan kesusahan kepada nya tetapi baginda tidak pernah marah mahu pun mengeluh..
Sehinggakan Jibril menawarkan kepada Rasulullah utk menterbalikkan bumi kerana kaumnya tidak mahu mendengar dakwah baginda, tetapi baginda menolak..

Ana telah mengambil langkah berdiam diri kerana marah, mungkin itu yang terbaik pada pandangan ana..
Namun hakikatnya, seharusnya rasa marah itu tidak timbul kerana sangatlah kecil berbanding Rasulullah..
Tetapi selepas tersedar dari bisikan syaitan yang durjana itu, ana mengalah, ana bertindak untuk meleraikan kemarahan di hati untuk menyapa..
Kerana pada realitinya, manusia itu tidak lari dari kesilapan, mahu pun ia berulang, mungkin kali ini orang lain melakukannya, mungkin jua kita sendiri pernah bersalah terhadapnya..
Jadi, selepas ini apa jua yang mendatang, ingatlah Rasulullah SAW dan akhlaknya yang sangat mulia, yang mana patut untuk dicontohi.

DARIPADA 

     

KEPADA 

 

No comments:

Post a Comment