Sunday, December 23, 2012

P.E.R.A.R.A.K.A.N.B.E.R.A.G.A.M

Assalammualaikum wbt

Masa tahun 1 dulu, ada satu aktiviti perarakan beragam yang memang boleh dikatakan wajib untuk disertai oleh budak2 tahun 1 untuk promosikan pesta universiti..
Macam2 lah ragam yang menarik, lagi2 masa tu ana baru je kan start hidup kat tempat asing kan..
dengan tak tahu nama kawan2 satu batch, jalan berarak pusing Sakae..
Yang lelaki berpakaian macam perempuan lah, semua berperwatakan sengal! haha orang Jepun memang sinonim dengan sengal diorang..

masa berarak tu memang malu ah sebab sume orang tengok kita kan..
lagi2 ana pakai tudung an, bagi orang Jepun tu dah cukup pelik..
ni kan lagi join benda ni.. hahahahhaha





Saturday, December 22, 2012

B.U.N.G.A.I.T.U.C.A..N.T.I.K

Assalammualaikum wbt

Subhanallah!!!
Tahu tak ciptaan Allah itu sangat cantik????
Bila berada di negara 4musim, dapat tengok pelbagai ciptaan Allah yang sangat memukau!
Antaranya adalah bunga..







Tuesday, December 18, 2012

C.H.O.C.A.K.E

Assalammualaikum wbt

seperti yang dinyatakan dalam entry sebelum ni, ana buat kek hari lahir sendiri..
kali ni ana buat kek cekelat yang mana resipinya sangat mudah! murah! tapi bagi ana sangat sedap!

Embedded image permalink

Bahan-bahan:
1 cwn tepung gandum
1 st baking powder
1/2 st soda bikarbonat
1/2 cwn serbuk koko
2 sb susu tepung
1 1/4 cwn air sejuk dari peti ais
1 cwn gula perang
1 st esen vanila
1/2 s/t coklat bread spread
1/2 cwn minyak masak
1 st jus lemon
secubit garam

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 160 deg
2. Ayak tepung,baking powder,soda bikarbonat, serbuk koko dalam satu bekas besar.
3. Masukkan gula perang, susu tepung, garam dalam bekas yang sama. Kacau rata.
4. Masukkan air, minyak, esen vanila, coklat bread spread. Kacau dengan whisk.
5. Masukkan jus lemon. Kacau sehingga sebati dan tak berketul.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang yang telah disapu dengan lapisan mentega. Bakar dengan suhu 160 deg selama 40 min.

Hiasan
2 bar coklat
1 st madu
susu segar secukupnya

Cara-cara
1. Cairkan coklat dengan cara double boiling
2. Masukkan madu. Kacau sampai coklat betul2 cair.
3. Masukkan susu sikit2 sehingga coklat tidak terlalu likat.
4. Tuang ke atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.



*p/s: kali ni ana tak letak soda bikarbonat sebab takde tapi rasa still sedap. Fungsi soda bikarbonat untuk menjadikan kek berongga, jadi kalau takde, juz jadi padat je kek tu.
Resipi asal ana rujuk di blog Jintan Manis

17/12/2012

Assalammualaikum wbt

Embedded image permalink  Embedded image permalink

1st pic terasa decoration kali ni kemas tapi 2nd pic comot lol!

BTW tarikh yg tersebut di atas adalah tarikh lahir ana untuk yang ke.......

Tahun ni walaupun tak menerima ucapan/ wish yang banyak tapi ingatan tulus ikhlas yang mengucapkan selamat sangat mengharukan hati ni..
Setiap kali message yang diterima pasti air mata tak lekang mengalir dari takungannya..
Terima kasih banyak kepada yang mendoakan yang terbaik untuk ana 

Terutamanya ucapan daripada ibunda dan ayahanda yang tercinta..
Embedded image permalink Embedded image permalink Embedded image permalink

video dan message dari BFF!!! dan message dari  family dan kawan2..
Embedded image permalink Embedded image permalink Embedded image permalink
Embedded image permalink Embedded image permalink Embedded image permalink


harapan hari ni bawak kek gi lab nak meraikan dengan ahli2 lab namun, disebabkan kene buat eksperimen, jadi mereka makan dulu tanpa mengetahui tujuan kek itu dibawa sebenarnye.. (sedih tak cerita??? hihi)
tapi sekembalinya dari bilik eksperimen, terlihat kek dan air dihidangkan atas meja ana membuatkan ana tersenyum ^__^  
Embedded image permalink

Kemudian setelah lama mengidam nak makan makanan korea, akhirnya tercapai jua akhirnya walaupun dalam keadaan scholar tak masuk lagi hihi
Embedded image permalinkEmbedded image permalink

Tahun ini insya-Allah merupakan tahun terakhir ana menyambut hari lahir di perantauan setelah 4tahun buat kek sendiri, masak special sendiri, buat majlis jamu orang sendiri  T__T
Mungkin kerana itulah kali ini senang sangat air mata mengalir, dan mungkin jua faktor usia yang semakin mendekati mati T_T


*p/s:
"Terima Kasih Allah kerana masih memberi ana kesempatan untuk terus menghirup udara hingga ke hari ni, Ya Allah, ana bermohon  kepadaMu agar Engkau menetapkan hatiku di jalanMu.. agar Engkau mempermudahkan ana dalam usaha mendekatiMu.. janganlah Engkau terus menggelapkan hatiku "

Saturday, December 15, 2012

B.A.K.A.T

Assalammualaikum wbt

Seorang pelakon TANPA BAKAT dia kaku
Seorang penyanyi TANPA BAKAT dia sumbang
Seorang Pendakwah TANPA BAKAT penyampaian tak terkesan
Seorang Arkitek TANPA BAKAT lukisan plan  tak menarik
Seorang pemimpin TANPA BAKAT ahli bawahan tak terkawal..
etc

Nampak tak kat situ, BAKAT itu penting dalam apa jua perkara, apa jua profession yang diceburi..

BAKAT = sesuatu yang memang telah ada secara semula jadi dalam diri

itu apa yang selama ini ana fikirkan..

Namun adakah BAKAT itu boleh dipelajari, kemudian dengan usaha, ia dapat dipupuk dan dibentuk??

Ada sahabat ana berkongsi pendapat..

Bakat itu adalah hasil daripada kefahaman sesorang individu terhadap apa yang dia lakukan..
Analoginya..

2 orang tukang masak, menggunakan teknik masak yang sama tetapi masakan yang disediakan mempuanyai rasa yang berbeza..
Kenapa?
adakah mungkin seorang ada bakat memasak, dan lagi seorang hanya berlandaskan teori masakan?
Mungkin bukan kerana bakat yang membezakan mereka tetapi kefahaman mereka tentang teknik masakan mereka..
mungkin seorang beranggapan penggunaan lemon utk menambahkan rasa masam jadi dia letak sedikit..
mungkin seorang lg beranggapan lemon itu untuk menutupi bau hanyir pada daging mahupun untuk perapan agar lebih sedap, maka penggunaan lebih banyak..
jadi rasa masakan mereka berbeza..

seorang perenang mungkin bukan seorang penyanyi yang baik..
kerana, perenang lebih faham tentang teknik berenang dan pernafasan, bukan teknik nyanyian jadi dia pasti tidak mampu mengalunkan suara dgn merdu..

tambahan lagi setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza membuatkan interpretasi terhadap sesuatu perkara itu berbeza, penerimaan pun berbeza..

Jadi bukan kerana seseorang itu tidak berbakat tetapi mungkin citarasa orang yang mengadili dia tidak dapat menerima cara luahan individu tersebut, mahupun individu itu masih belum dapat menguasai/memahami apa yang dia sedang lakukan..




*p/s: haha tetiba je kan? ni semua sebab gambar yg ana ambil takde seni!  mungkin ana takde bakat?  tapi memang ana terpikir, klu ada yang nak bagi pendapat silakan..

Wednesday, December 12, 2012

G.O.S.O.K.G.I.G.I

Assalammualaikum wbt



Comel tak gambar budak kecik gosok gigi ni? hihihi
Dulu kalau sekolah tadika mesti ada sesi gosok gigi beramai-ramai kat tepi longkang.. ingat tak??
Bila masuk sekolah rendah pun ada jugak sesi nurse ajar cara gosok gigi dengan betul..
Dari kecik kita dititk beratkan tentang penjagaan gigi..
Gosok gigi lepas makan, sebelum tidur, lepas bangun tidur etc supaya boleh dapat gigi yang cantik menarik kau memang DABOM! macam kat bawah ni..



Bila ana kat Jepun memang nampak sangat penjagaan gigi sangat dititk beratkan..
especially kalau perempuan lah..
bila ana masuk toilet perempuan mesti orang2 jepun ada satu beg kecik yang lengkap dengan set penjagaan diri..
So, memang fenomena biasalah kalau masuk toilet tengok diorang tengah gosok gigi ke make up ke..

Tapi ada satu perkara yang wat ana memang terkejut dan tak boleh terima..
Budaya berus gigi tu dah bagus dah tapi..
sejak ana masuk lab..
senior2 ni gosok gigi tak kira masa, tp mostly lepas makanla..
itu ok lagi..
yang ana tak menahan tu, diorang gosok gigi lama sangat pastu boleh gerak2 ke sana ke mari..
haish rimas!! 
dah tu bercakap2 lagi, borak2.. 
serius tak faham...


*p/s: agak2lah kan kalau selalu gosok gigi, lapisan luar gigi tu boleh menipis tak??? hihi

12.12.12

Assalammualaikum wbt

Ramai orang di laman sosial memperkatakan tentang 12.12.12
Biasa nyer ble tarikh2 menarik ni mesti ada orang melangsungkan perkahwinan, pertunangan, birthday etc

Ana pun tak nak kalah jugaklah kan..
12.12.12 jugak tarikh istimewa yang seharusnya meninggalkan memori indah dalam hidup ana lagi2 tahun ni Insya-Allah merupakan tahun terakhir ana di bumi sakura ni..
Namun!
Namun!
Bukan kenangan yang indah bagi ana..
Tiada yang istimewa berlaku sepanjang hari ni KECUALI..
Hari ini ana ada mid-term project presentation @ 中間発表

Malam semalam 1st time ana rasa seolah2 ana tak tidur pun, ana dapat rasakan otak ana dok bergerak, berfungsi dok pikirkan apa yang patut ana cakap masa presentation, susun ayat, sebab ana kena present dalam bahasa Jepun!!

Ana rasa ana dah wat persediaan untuk soalan ramalan dan jawapan 
Senior yang kena jaga ana tu pun banyak sangat dah membantu..
(selamatlah minggu ni mood dia baik sebab thesis dia dah siap tulis)

Memandangkan susunan presenter ikut turutan nama, jadi ada jadi orang ke-2 akhir daripada 8 orang 4th year students, menunggu tu lama sangat walaupun dapat prektis dalam hati lagi lama berbanding orang lain..
Berbekalkan semangat, "dulu aku pemidato sekolah kena cakap depan orang yang tak kenal lepas tu spontan plak tu,masa tu baru 16,17 tahun.. ni kan pulak umur nak masuk 23 tahun, depan orang yang dikenali... suppose to be no hal lah!"(poyo sangat! LOL) ana jadi kurang nervous bila sampai giliran ana..
Tapi dalam hati "OMG apa yang aku merepek ni!! nape aku cakap macam bullet train, laju nak m*mp*s!!!" tapi kat mulut pot pet cakap bahasa Jepun, present perkara yang patut dibentangkan..
"以上発表終わります。" terus pandang kat senior yang jaga ana tu, dia tengah potpet ngan senior kat sebelah dia seolah-olah tengah cakap "apalaaaaa budak hana ni merepek ni..
oops! lupa nak cakap presentation 10min, sesi soal jawab 10min and it seems ana punyer presentation juz took 7min 25sec! OMG more time for Q&A!!
Time ni lah ana hancur!!
rasa macam nak jerit jer!!!
sebelum ni kalau present kat forum, discussion, senpai tolong jawabkan kalau ana tak dapat jawab, kadang2 tu even sensei yang jaga ana tu yang jawab..
sebab kali ni mid-term presentation kan jadi kene jawab sendiri lah..
I thought nak ngelat lah kan, suruh orang yang tanya tu repeat soalan berkali2 sampai ana paham, ternyata agak tak berjaya jugak sebab ana memang tak paham! so, bukan nak ngelat LOL jadi jawapan ana pun merapu! sampai ada senior yang macam "hemmm.. unnnn... oklah faham" sebab malas nak bagi ana paham soalan supaya dia boleh berpuas hati dengan jawapan ana..
That one really made me frustrated!!!
Ana memang nak cuba jawab soalan dengan baik, tapi...
Memang ana tak dapat jalani sesi Q&A dengan baik..
Soalan daripada audience aka seniors and kawan2 pun sedikit berbanding orang lain punya presentation sampai senior yang sama group ngan ana terpaksa pikir soalan untuk tanya ana!

Ana sangat frust, nak nangis je tapi tak kuar air mata..
Dalam hati memang cam terbuku, so ana memang nak lepaskan sangat2 jadi lepas habis sume tu ana telefon ibu, secara automatik terus mengalir air mata hahahahahahaha

Lagi satu bila ana stress, nak lepaskan tension, ana suka cari COKLAT untuk makan 
Hari ni ana makan banyak giler rasa macam berat yang dah turun sebab berminggu2 busy sampai tak sempat makan terus naik dalam masa tak sampai sehari!!!! LOL

So...
12.12.12 tetap jadi hari yang memberi kesan dalam hidup ana walaupun bukan lah kenangan yang manis sekarang tetapi mungkin 20,30 tahun lagi akan jadi kenangan terindah ^____^


Embedded image permalink




*p/s:  "dahla tak mau lah sedih2.. ibu bangga dengan ana sebab ana kena cakap dalam bahsa Jepun, bukan senang, memanglah ana kurang sikit berbanding orang lain sebab ana foreigner.." jadi pengubat kesedihan di saat itu..