Alhamdulillah finally I am home, in Malaysia ^_^
Ok, kita lupakan dulu cerita pasal ana dah sampai Malaysia.
Ana nak cerita pasal pengalaman kerja sambilan yang mana seumur hidup tu lah kali pertama ana buat part time job..
Dengan part time job ni lah melengkapkan pengalaman tak ternilai ana di bumi sakura.
sebenarnya, ana dapat kerja ni pun sebab recommendation daripada senior ana kat syarikat tu..
part time job tu sebenarnya, kerja mengajar BAHASA MELAYU.
pelajar sorang jer, itupun bukan kanak2 ataupun budak sekolah, tapi orang dewasa, manager TOYOTA yang akan dihantar bekerja di Malaysia selama 2 tahun.
Dengan takde pengalaman mengajar, buat kerja part time, ana pun main redah je la...
tak dinafikan penat jadi cikgu sebenarnya..
penat berdiri, nak terangkan dekat white board..
kadang2 tu ada perkara yang kita sendiri tak pasti, tak pernah ambil serius, bila kita mengajar baru mata kita terbuka, faham tentang perkara yang sepatutnya dah jadi kelaziman kita..
pernah korang terfikir..
Tadika = taman didikan kanak-kanak
Kugiran = kumpulan gitar rancak
Pawagam = panggung wayang gambar
"bukan" digunakan bersama kata nama
"tidak" digunakan bersama kata kerja
masa ana mengajar tu lah baru ana perasan hihi terasa cam malu pulak..
dan sesungguhnya nak jadi cikgu ni kita kena bijak memahami fasa kefahaman anak murid, perlu laju ke tidak, berapa kali kena ulang bla bla bla
berdasarkan pengalaman ni, ana tabik spring lah kepada cikgu2 yang melayan kerenah anak murid yang pelbagai dan...
mereka tahan berdiri dalam masa yang lama untuk mengajar..
ana banyak jugak mengelat, mengajar sambil duduk haha
mana tak nye, kelas start pkul 10.15 pagi sampaila pkul 5.30 petang..
tak menahan la kan nak berdiri lama2...
tapi paling menyeronokkan adalah bayaran yang diterima..
1 jam = ¥4000 = RM 120 (ikut currency skrg)
walaupun kelas ana sekali je, tapi banyak pengalaman yang berharga..
bila balik pun, ana balik ikut masa orang balik kerja..
train penuh!! tak suka lah jugak tapi still gembira walaupun penat..
sepanjang perjalanan, dalam hati ni dok kata jer, camni rupanyer perasaan orang penat2 balik kerja...
*p/s: dalam kesibukan siapkan thesis, ana sempat curi masa sehari untuk merasakan pengalaman yang tak pernah ana rasa sebelum ni.. Alhamdulillah, thank you Allah for giving me those opportunities..
No comments:
Post a Comment