Assalammualaikum wbt.
1.3.13
tu dia....
sekali lagi tarikh cantik..
tarikh cantik ni membawa satu lagi titik tolak pengalaman berharga sepanjang ana belajar di Nagoya University selama 4tahun..
Alhamdulillah..
Syukur amat ana kehadrat Illahi, memberi ana peluang yang amat bernilai..
Memang tak dinafikan, belajar dalam bahasa asing ni memang banyak cabaran..
Alhamdulillah walaupun begitu, atas sokongan ibu n ayah ana yang sentiasa bagi semangat kat ana, senior yg jaga ana dalam lab, dan juga sensei memang banyak membantu..
FYP atau pun Final Year Project bak kata kawan2 kat Malaysia atau kalau kawan2 Jepun panggil 卒論発表 telah selamat ana laksanakan pada tarikh yang istimewa ni..
2 hari sebelum presentation,
ana bertungkus lumus siapkan slide n script utk tunjuk kat senior yg jaga ana tu..
kesian sebenanrnya kat dia sebab dia kena wat kerja lebih berbanding senior lain, ye lah kan jaga ana, budak yang lemah segala hal...
tapi malam tu lah ana rasa dia sangat baik, n beri semangat yg tak pernah ana rasa sebelum ni..
rasa macam nak peluk jer dia.. haishhhh
dia bagi nasihat mcm mana nak present dengan baik..
suara kena kuat, jelas
intonasi suara turun naik utk penekanan apa yang ingin disampaikan
ascent yg tepat
tahu apa stp slide tu nk bg tahu org pasal apa
lepas tu dia tanya satu2, supaya ana jelas..
"apa yang awak buat, boleh terangkan dalam 1 min kat saya?"
tergagaplah ana time tu, tp dia baik, dia tanye balik..
"oklah, kalau boleh pilih 1 slide, slide mana yg awak nak guna utk terangkan apa yang awak dah buat"
n of course lah jawapan dia slide conclusion kan..
dia tnye macam2, apa yang awak dah buat, dengan parameter apa, bla bla bla..
memang sangat membantu ana..
so memang kene perbetulkan lagi sebelum boleh dia bg green light..
sehari sebelum presentation,
Ana antara orang yg saat2 akhir baru siap slide presentation, siapkan script nak bentang apa..
Memang rasa nak nangis masa tu, orang lain dah prektis berkali2 tapi ana masih lagi bergelumang dengan komputer, berhempas pulas nak siapkan..
Ana dah rasa macam nak give up, nk nangis sekuatnye sebenarnya, tapi ana kuatkan semangat, walaupun sekali pun jadilah, ana prektis ngan kawan2, n depan seorang senior yg sama group vacuum ngan ana..
secara jujurnya, ana takut nak prektis depan senior yg jaga ana, so ana memang tak minta dia tgk pun, berbanding kawan2 ana yg lain, dorang suruh senior yg jaga diorang yg tengok..
masa tu dah malam, pukul 9, dengan tak hafal script lagi, ana prektis gagap2...
banyak jugak diperbetulkan slide oleh kawan2 n senior ana yg tengok tu, walaupun sebelum tu ana dah tunjukkan slide tu kat senior yg jaga ana, n sensei yg jaga ana, which dorang dah bg green light..
bila dah macam2 kene perbetulkan, ana jadi stress sbb dah malam, script tak hafal lagi..
aduuuuhhhhhhh....
tapi utk kuatkan semangat ana, balik rumah je, lepas betulkan slide ikut mana yg ana rse kan perlu jer, ana prektis presentation ngan ayah walopun of course la dia tak paham kan..
tapi komen berdasarkan intonasi suara etc sudah ckup utk ana bersemangat..
bila tiba harinya,
selepas makan2 dengan budak b4 n m1 yg bakal masuk next sem, pukul 1.30 bermulalah sesi presentation..
disebabkan ikut turutan nama, ana jadi presenter second last..
penantian itu satu penyiksaan sebenarnya, namun ana gunakan masa yg ada tu utk refresh balik apa yg ana nak cakap utk setiap slide, n ana mmg tak hafal sgt script, juz ingt apa yg nak disampaikan stp slide, ayat nnt lantaklah..
bila tgk org lain punya presentation, ada masanya akan menjadi semangat utk ana..
" I can do better than him! Dulu ana seorang pemidato, so this shouldn't be a prob"
dalam masa yg sama ketar juga kaki badan kan...
kini tiba saatnya..
"ok, dorang ni tak tahu apa2, i want you to know this, let me explain to you, what did i do.."
memang itulah yg ana cakap dalam hati, terus hilang nervous..
ana rasa confident, pandang sorang2 kat depan dengan pandangan yg nak dorang paham n dengar apa yang ana cuba sampaikan, mmg anggap diri ni cikgu nak mengajar..
Alhamdulillah, walopun ana tak mampu jawab soalan dengan baik, tapi ana berjaya habiskan presentation...
namun disebabkan ana takleyh jawab tu ana rasa ana dah kecewakan senior yg jaga ana tu sekali lagi, dah la itu yang terkahir kan..
bila dah selesai sume, sensei pun kata sume org lulus..
kitorang sume balik bilik nak siap2 nk gi party..
tapi satu jer yg wat ana berpuas hati, rse bangga, rse nak nagis etc
spt biasa ana akn mnx maaf kat senior ana sbb ana tak mampu jwb dgn baik..
tapi kali ni, senpai yg jaga ana tu, puji ana..
"For me, hana punya presentation harini terbaik berbanding orang lain, tak dapat jawab soklan tu lain cerita, tp memang terbaik presentation" sambil tepuk tangan..
Ya Allah, gembira nya ana bila dia bangga dengan ana.. tak kisah la orang lain nak kata apa tntang presentation ana, yg ana kisah apa yang dia kata jer.. klu teruk, teruklah n ana akan cuba perbaiki...
Alhamdulillah, bg ana, bila senpai kata camtu, itu adalah kejayaan buat ana..
So, FYP ana, terlaksana dgn jayanya!!!!
- yang pakai blazer tu sume presenter, as i mentioned before, i am the only girl in the lab hihihi-
*p/s : cerita pasal party, nnt kita cerita ek... sorry for the long entry, tp sbnrnya klu boleh nk cerita detail lg supaya memory ni kekal sbg pengalaman terindah...
No comments:
Post a Comment