Monday, July 4, 2011

A.N.A.K

Assalammualaikum wbt


Zaman persekolahan di SMKA SHAMS dulu, setiap hari Isnin ada perhimpunan beramai-ramai.
Masa ni lah kami warga SHAMS mmg akan dengar dialog wajib pengetua...
"ANAK YANG BAIK ADALAH......."
kami2 sume akan menjawab
"ANAK YANG MENDENGAR KATA!"
dulu memang rasa annoying nak jawab sebab kena jawab berulang-ulang.
Tapi....


Sekarang bila dah dewasa (dewasa ker?) kata2 itulah yang tersemat dalam hati dan dibawa ke mana2 even skrg merantau di negara orang.
Sangat besar maknanyer.. Terima Kasih Ustazah Khuzaimah ^__^


Namun, bukan setakat mendengar kata sahaja kita jadi anak yang baik...


Anak yang baik juga...


Selalu membuatkan hati parents kita tenang dan gembira dengan keberadaan kita.
- ”Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan- Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya” (An-Nisa' : 36)

Menjaga tingkah laku baik dihadapan parents mahupun jauh dari pandangan mereka. 
 -sesungguhnya Ayah lah yang akan menanggung dosa anak2nya esp yg  perempuan. Jadi bila nak wat sesuatu kita pikirlah sama ada perbuatan kita itu akan mendatangkan kebaikan utk parents kita ke sebaliknyer.
 -jika kita wat ibu kita menangis walau setitik air mata yang keluar, jadi anak derhaka lah kita.. nauzubillah..lainlah kalau tangisan itu adalah tangisan kegembiraan atas kejayaan yang kita peroleh.


Sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan parents baik di dunia mahupun di akhirat.
 -sesungguhnya doa anak yang soleh dan solehah sangatlah berharga buat parents. 
  Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."


Tidak mengatakan 'ah' lagikan mengherdik parents kita. kalau tak.. tak bau syurga lah nampaknyer~
 - “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” . (Al-Isra' : 23,24)


Mentaati mereka selagi mana tidak bercanggah dengan syariat. 


Mengasihi dan menyayangi mereka seperti mana mereka melakukan perkara yang sama kepada kita.




.......
dan tentulah banyak perkara lagi yang patut kita wat kerana tanggungjawab kita sebagai anak. Redha Allah datang sekiranya parents kita meredhai kita. (tak ingat ayat mane dalam Al-Quran, kalau ana dah jumpa nnti ana update) bukan hanya ketika parents kita masih hidup sahaja kita perlu jadi anak yang baik, lebih2 lagi jika orang yang kita sayangi itu tiada lagi disisi.


*p/s: wallahualam. rujukan yg lebih lanjut sila carik di laman2 web yg lebih sahih.







No comments:

Post a Comment