Saturday, April 23, 2011

G.E.N.G

Assalamualaikum wbt 
SMKA SHAMS tempat bermula,
  Salam perkenalan bertegur sapa,
Walaupun kini serata dunia,
  Ukhwah persahabatan tetap bersama.
  

Syuhaidah nama yang pertama,
  Di 1 Ihsan bermula segalanya,
Walaupun baru sahaja berjumpa,
  Berborak macam dah kenal lama.

Ada masalah melanda diri,
Cepat-cepat dia ku cari,
Mungkin dia dah tak suka lagi,
    Asyik kene layan kerenahku ini.


Afdhal pula tidak kurangnya,
1 Ihsan jua tempat berrmula,
Banyak perkara dilalui bersama,
Pahit masam ditelan semua.

Bergayut di talipon lama tak hengat,
Tanya 'homework' dan gosip terhangat,
Perasan diri jejaka terhebat,
Tapi kami tetap sayang ko ketat2.

Tidak dilupa Si Anas Fahmie,
Pembahas terbaik pernah digondoli,
Keletah kamu sentiasa diingati,
Buat kami tak kering gusi.

Dia si diva penceria suasana,
Kreatif inovatif sangat orangnya,
Pernah ku kata kepada dia,
Reka bajuku untuk hari raya.

Khairiyah Mustapha putih jelita,
Saat berkenalan aku dah lupa,
Di sekolah kami PSS berjaya,
Mungkin itu punca segalanya.

Bakal doktor beberapa tahun lagi,
Boleh membantu di kemudian hari,
Punya persamaan antara kami,
Moga persahabatan kekal sampai mati.

Mamanya pernah mengajar kami,
Subjek febret Bahasa Arab Tinggi,
Hanan Mahmood nama diberi,
Belum kenal tak cinta lagi.

Peribadi sempoi gila-gila orangnya,
Walopun begitu otak geliga,
Kini di Jordon susah nak jumpa,
Kalau dah jumpa tak ingat dunia.

Siti Hazura tinggi orangnya,
Makan banyak tak gemuk jua,
Kini di Sabah kaji batu-bata,
Selalu ke lapangan membuat kerja.

Paling senyap antara kami,
Cerita di FB kurang sekali,
Nak habis belajar tak lama lagi,
Boleh minta duit raya nanti.

Cukik comel nama panggilan,
Selalu sangat berlari-larian,
Sedang belajar kos perubatan,
Nak berkhidmat kepada anak watan.

Bila berkata lembut bicara,
Bijak berlapik tak sentap jiwa,
Bab gadjet up to date sahaja,
Menarik sunggoh Si Syukri kita.

Syahmi jua diva terhebat,
Oversea sahaja yang dia ingat,
Rambut lurus fesyen terhangat,
Kata orang tak ambil berat.

Banyak cakap tak henti-henti,
Tapi hati lembut sekali,
Jangan diusik jangan dikeji,
Takut bermusuh pulak nanti.




*p/s : kamu semua sentiasa dalam ati ana insya-Allah sampai bila2. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila2 even kita semua dah kahwin, ade anak, cucu, cicit... kite GENG kan??!!

  

4 comments:

  1. yup ~ kita geng ! hihi :)
    nice one ana ~ :D

    ReplyDelete
  2. yup! kite geng~ walopun jauh di mata.. tapi once kte dh bersahabat, jgn dilupa sahabat yg kita ade :)

    ReplyDelete
  3. kita geng. geng pengembaraan bermula. hehe.

    ReplyDelete
  4. *geng pengembaraan bermula* i like~

    ReplyDelete