Saturday, April 23, 2011

B.A.I.K (sambungan)

Assalamualaikum wbt

............
"sesiapa yang beriman dengan Allah itu B.A.I.K."
"beriman dengan Allah itu camne?"
"apabila buat semua perintah Allah dan tinggalkan larangan-Nya.. Amar makruf nahi munkar."

-- > cukup solat tapi tak tutup aurat
-- > tutup aurat tapi bulan Ramadhan puasa 'yang yok'
-- > baca Al-Quran hari2 tapi pegang bukan mahram
semuanya serba tak kena. Tak cukup B.A.I.K lagi...

'....masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata'
(Al-Baqarah : 208)

kelihatan macam mudah nak jadi B.A.I.K sekali imbas. Kadang-kadang kita tak sedar perbuatan seharian kita ni sebenarnya mengikut syariat Allah atau tidak. Kalau itu pun kita dah tak sure, mana letaknya AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR

benda yang kita selalu suka nak buat tu la kebanyakan nyer dilarang oleh Allah swt. Tapi kebanyakan kita juz pandang sebelah mata sebab kita nak gak wat benda tu. 

Jadinya nak berubah jadi B.A.I.K kita perlu usaha untuk masuk sepenuhnya dalam Islam. Bukan amik part yang kita rase kita leyh ikut, yang tak menghalang kita daripada wat bende yang kita suka. 

.."Allah tengok usaha, bukannya natijah/hasil"

Apa yang penting?
USAHA
Apa yang penting? 
USAHA
Lepas kita dah usaha, kita berserah, bertawakal kepada Allah agar kita diberikan hidayah dan rahmat-Nya untuk berubah menjadi B.A.I.K

Nak wat perubahan, pembaharuan dalam diri kita yang dah tentu sebati dalam jiwa, opkos memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran.

Contohnya -- > bukan mudah untuk seorang perempuan yang pada asalnya tidak memakai tudung, dikelilingi oleh orang yang tak menitik beratkan pasal tudung untuk memakai tudung. Sungguh kuat pertempuran dan pergolakan yang berlaku dalam jiwa.

Namun kalau kita tekad untuk melakukannya demi mendapat redha Allah swt. Insya-Allah segalanya dipermudahkan.

Apa-apa pun ISTIQAMAH itu penting. Tak guna jugak kalau kejar nak berubah itu ini tapi lama2 jadi dah tak leyh nak 'go on' lagi. 

.."tak salah kalau nak ubah ONE THING at ONE TIME"
"SOMETHING is better than NOTHING"


* apa yang ana nyatakan kat atas ni adalah something yang amat memberi kesan kepada ana lepas membaca buku VERSUS karya HLOVATE.
Buku ini membantu menaikkan semangat untuk melakukan perubahan.

*Olahan yang ana wat di atas banyak kekurangannya. Jika ada teguran yang ingin diberikan sila lah. Ana akhiri dengan memohon maaf jika ada kesalahan.

No comments:

Post a Comment