Tuesday, September 4, 2012

L.A.S.T.S.E.M

Assalammualaikum wbt

2hb September 2012
tarikh ana balik Jepun selepas sebulan bercuti di Malaysia
berat jer hati nak balik lagi2 tiba2 badan tak sehat, muntah2...
homesick teruk kali ni..
tak pernah2 nangis bile setiap kali balik tapi kali ni tak tertahan..

This time insya-Allah will be the last sem for me..
actually i am very afraid to face the new sem coz this time all the hard works must be done in order to graduate..
i read nothing bout my project work during the holidays!!! reaaaaaalllyyyy bad!!
I was so lazy to take the papers and read them..

but Alhamdulillah..
for the 1st step, I passed all the subjects taken in the earlier sem..
so juz another 3 subjects that i need to pass and also the project work.
May every thing goes well, insya-Allah



*p/s: mudah-mudahan usaha kali ni akan lebih berlipat kali ganda agar dapat grad tahun depan.. amin

Sunday, August 12, 2012

B.A.J.U.R.A.Y.A

Assalammualaikum wbt 

lebih kurang dari seminggu lagi dah nak habis dah Ramadhan.. T__T
masa akhir Ramadhan ni lah nak kejar lailatu qadar tapi.....
tak seronok bila kita dah 'raya' dulu...

pe2 pun dah nama raya, mesti pelbagai persediaan yg dibuat..
baju baru, kuih raya, langsir etc
tapi bila dah besar2 ni perasaan raya dah tak berapa nak ada..

sebelum2 ni baju raya ana memang banyak..
pakai sekali dua jer pastu terbiar dalam almari..
mana tak nyer kan, baju meghelip mana nak pakai buat baju biasa ye tak??
aritu ana cuba lah main2 pakai balik semua baju yg tersadai dalam almari tu..
WOW! still muat lg!!!
maknanyer???
ana tak lah gemuk sangat sepanjang berada di Jepun hihihihi
so..
ana nak tunjukkan lah beberapa helai baju ana yg penah pakai beberapa kali jer..










*p/s: tempah baju sehelai jer pun dah mencecah RM 200 ++ belum campur duit beli kain lagi tu.. klu beli ready made pun mcm tu jugak harga.. baru baju raya, kalau baju kahwin??? huiyaaaai

Friday, July 27, 2012

A.P.A.B.E.Z.A.N.Y.A.K.I.T.A? (2)

Assalammualaikum wbt


Sebelum ni ana ada cerita sedikit tentang pengalaman ana sebagai muslim sepanjang ana berda di Jepun...


Apa bezanya kita dengan mereka?
Yang pertama mestilah kerana akidah kita..


Dalam rukun Islam pun yg pertama adalah mengucap dua kalimah syahadah..




2 kalimah syahadah ini sendiri membawa maksud yang sangat besar yang mana memang membezakan kita dengan orang bukan Islam..


i) Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah


Manusia diciptakan oleh Allah swt bertujuan untuk menjadi khalifah dan hamba di bumi-Nya
(Al-Baqarah : 30, Ad-Dzariyat : 56) 
Jadi setiap apa yang kita lakukan mestilah kerana Allah swt, tak kira lah apa hal sekali pun..
Tiada 'Illah lain, iaitu tiada sebab lain yang sepatutnya menjadi keutamaan kita..
Kadangkala kita terleka, tidak sedar yang sebenarnya apa yang kita buat sehari-harian ini mungkin ada yang sedikit terpesong..
contohnya, 
dalam konteks pelajar, sebab apa kita gi sekolah, sebab apa kita belajar dsb adakah sekadar hanya untuk lulus dengan cemerlang?? dapat pekerjaan yang baik?? dah dapat semua tu, pastu apa plak?? 
dalam konteks pekerja, kita bersungguh-sungguh pergi kerja, wat kerja sampai lupa makan minum, lupa jaga kesihatan, tempuh kesesakan lalu lintas semua, tapi semua itu kita buat untuk apa? untuk siapa? 


kita patut terapkan dalam hati yang setiap apa kita lakukan untuk Allah, untuk tegakkan agama Allah..
kadangkala rasa kesian dekat orang2 Jepun ni, diorang beriya dalam setiap apa yang dilakukan tapi akhirnya, tujuan adalah utk dapatkan duit dsb, macam takde tujuan hidup langsung.. 
Ana rasa untung kita sebagai umat Islam sebab setiap apa yang kita lakukan pasti ada ganjaran yang menanti, as long as semua itu kita niatkan kerana Allah..


kesian kepada mereka yang tiada agama, bila diorang susah, diorang minta pada yang tidak mampu memberi...
sesungguhnya memang fitrah manusia itu memerlukan sesuatu yang lebih berkuasa untuk membantu menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran
di situlah hanya Allah yang layak disembah, hanya pada Allah sahaja kita meminta pertolongan..
kebergantungan kita hanya pada Allah swt


ii) Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah


Seperti mana yang kita tahu, Allah mengutuskan para Rasul dan Nabi sebagai perantara untuk menyampaikan agama Allah kepada seluruh umat manusia, dan Nabi Muhammad merupakan Rasullullah yang terakhir...


Namun, apa yang dimaksudkan dengan 'bersaksi'? Ana bukan orang yang arif utk membincangkan tapi ini sekdar pandangan yang mana ana paham.. 'bersaksi' = percaya, ingat, sayang


Kita, yang ada atas muka bumi sekarang ni semua umat Nabi Muhammad saw..
Di Malaysia, kita selalu adakan perhimpunan Maulidur Rasul dsb, sedar tak sedar ingatan kita pada Rasulullah besifat bermusim.. Masa tu lah baru berduyun-duyun manusia berselawat ke atas Nabi.. kalau hari-hari, adakah kita sentiasa berselawat kepada baginda?


Kita selalu dengar hadis2 Nabi yang mana menyifatkan baginda sangat sayangkan umatnya.. hingga ke nafas yang terakhir baginda menyebut tentang kita, umatnya.. tetapi kita? ada ingat baginda? Adakah kerana kita sangat jauh, tidak sezaman dengan baginda membuatkan kurang ingatan, rasa kasih sayang kepada baginda? 


Adakah dengan berselawat sahaja cara kita mengingati baginda?? 
Kita tahu kan, sebagai panduan hidup kita, kta haruslah berpegang kepada 2 perkara iaitu Al-Quran dan As-Sunnah


Besarnya ganjaran kalau kita dapat mengamalkan sunnah baginda... bukan setakat itu jer, kita akan dapat lihat betapa indahnya Islam itu sendiri jika kita mengamalkan sunnah Rasullullah.. Banyak sebenarnya sunnah yang dianjurkan oleh Rasullullah, kadang2 kita tak sedar pun apa yang kita buat tu pun sebenanrnya termasuk dalam sunnah, jika kita tahu itu sunnah, kita akan dapat ganjarannya, tapi kalau kita tak tahu, rugilah... tak dapat ganjaran T__T


Orang Jepun ni, sedar tak sedar, diorang ni lebih Islamik dalam kehidupan seharia mereka.. Diorang mengamalkan gaya hidup Islam dan jugak sunnah Rasulullah.. Andai nya mereka tahu, beruntungnya mereka kan? Even, ana sendiri, orang Islam lain pun ada yang tak bersifat seperti orang Jepun ni, sedangkan kami ini beragama Islam!! MALU!!


Maka, sekiranya kita memahami konsep 2 kalimah syahadah ini sendiri sudah cukup untuk menjadikan kita Muslim yang HEBAT! yang sememangnya membezakan kita dengan orang bukan Islam! 
Ana harap, kita sama2 lah perbanyakkan lagi bacaan supaya kita dapat faham betul2 konsep syahadah yang sangat mendalam dan luas yang menjadi tunjang kepada akidah kita, kalau kita sedat, sebab itu setiap kali dalam solat kita akan mengucap 2 kalimah syahadah..








*p/s : mungkin apa yang ana utarakan kat atas ni ada banyak silapnya mungkin tiada kaitannya.. harap2 dapat sampailah the main point yang menjadikan kita berbeza dengan orang bukan Islam, semoga kita kekal dalam Islam sehingga nafas yang terakhir..

W.I.S.H.L.I.S.T

Assalammualaikum wbt


hari ni ana baru lepas habis 2 paper..
hemmmmmm..
semoga Allah permudahkan urusan ana, supaya ana dapat grad tahun depan..
sesungguhnya ana sangat takut utk exam kali ni sebab sangat penting!!!


walopun belum tentu ana dapat grad ke tak next year..
tapi ana dah wat wish list nak beli ape utk balik for good nanti.. hihi


untuk ayah.....


untuk ibu....



untuk adik...
atau



untuk ana sendiri...


tapi......
mungkin akn ade penambahan lg hihihihihihihihihihihihi






*p/s : tetiba rse duit x byk nk beli lebih2 sbb dah tentu2 kne tolak 10 man yen awl2 utk urusan rmh nnti.. huhuhu

Wednesday, July 18, 2012

A.P.A.B.E.Z.A.N.Y.A.K.I.T.A?(1)

Assalammualaikum wbt


Apa bezanya kita? Muslim.. 
Dengan siapa? Orang bukan Islam


Persoalan ni bermain dalam fikiran ana kebelakangan ini..
Sepanjang hampir 4tahun ana belajar di bumi asing yang mana majoriti rakyat bukan beragama Islam..
Ana pernah mengalami pelbagai pengalaman yang mana dapat membuka mata, hati, minda tentang sejauh mana Ana memahami Islam, berbangga sebagai seorang Muslim..


Secara jujur dari hati, Ana sangat2lah jahil tentang Islam..
Walaupun Ana pernah belajar di SMKA (sekolah agama) selama 5 tahun, Ana menyesal sebab Ana tak menimba sebanyak mungkin ilmu agama..


Setibanya di Jepun, perkara pertama yang jadi perhatian adalah 'appearance' Ana dan sahabat2 perempuan Ana yang lain..
Orang2 Jepun ni pandang dari atas ke bawah berulang2 kali, jeling dari jauh disudut pintu keretapi, pandang melalui pantulan cermin dan sebagainya..
Apa yang peliknya??
Pelik sebab kami semua bertudung..
Ana pernah di tanya pada hari pertama persekolahan oleh seorang sahabat lelaki Jepun semasa nak pergi kelas sukan..
Berbekalkan bahasa Jepun Ana yang tunggang terbalik masa tu, Ana ingat lagi perbualan antara kami..
"Apa yang awak pakai atas kepala? Tak panas ke? "
"Ni tudung nama dia. Tak panas sebab kain tak tebal pun.."
Pernah dalam kelas, sepatutnya selepas sesi pembentangan, akan ada sesi soal jawab, tapi buat Ana masa tu bukan persoalan tentang kertas kerja yang Ana buat tetapi...
"Apa yang balut kepala awak tu?"
"Kenapa awak pakai? tak boleh ke bukak?"
"Saya tengok masa saya gi Indonesia, ada jer yang bukak tudung, yang minum arak dsb, tapi nape awak tak macam tu"
dan banyak lagi, sampai habislah sesi soalan tu dengan soalan2 tentang apa yang diorang tengok kat Ana..
Masa tu baru tahun 1, jawapan pun asal boleh ajer..
"ni tudung nama dia, saya kene pakai tudung, tak boleh tunjuk rambut saya kecuali pada ahli keluarga saya sahaja.. ini tuntutan agama saya"
"saya tak boleh makan makanan berunsurkan haiwan kat Jepun ni kecuali saya beli kat kedai khas, kedai halal.. memang ada orang yang tak ikut tuntutan agama, tapi itu pilihan orang tu, dia yang berdosa.."
ada jugak pengalaman bertembung dengan makcik yang bawak ajaran Kristian, dok promote bible..
Siap tanya "awak percaya Tuhan? "
ada yang dah taw kita ni dah ada agama, n taw kita Islam melalui tudung yang dipakai tetapi diorang tetap berdakwah kepada kita.. siap tunjuk bait2 bible kat Ana, dan bila Ana baca isi dia memang tak boleh disangkal, sama dengan ajaran Islam.. 
Apa yang Ana jawab masa tu..
"Bible punya isi sama dengan Al-Quran orang Islam tetapi kebanyakkan isinya telah diubah menyebabkan ia tersimpang dari ajaran sebenar sebab pada awalnya ajaran Kristian itu adalah Islam.."

selain daripada tu Ana memang tak taw nak jawab macam mana lagi..
Pernah jugak kawan ana tanya macam mana Ana solat, sebab setiap kali tengah hari ana gi perpustakaan untuk solat, yelah kan, mana nak dapat surau...celah2 rak buku lah jadi tempat..
Ana tak dapat nak terangkan dengan baik, Ana juz cakap gerakkan badan, bukan baca kitab.. kalau nak lebih jelas ana suruh dia tengok video kat youtube..


Tetapi bila ana dah naik tahun 4 ni, dah tak banyak persoalan yang ana terima sebab mungkin ye lah budak2 kelas dah biasa tengok kan, bila masuk lab pulak pernah jugak persoalan yang sama disoal tapi mungkin sebab sebelum ni dah ada senior Malaysia yang masuk lab yang sama, jadi tak perlu penerangan sangat.. 
cuma ada sekali persoalan yang Ana kemukakan kepada senior2 Jepun dalam lab..
"Jepun ni kebanyakan rakyatnya takder agama kan?? jadi kenapa banyak shrine, temple ek?"
"hahaha itu lah.. kitorang bila ada kesusahan ke baru cari Tuhan.. mnx itu ini.. bila dah dapat apa yang dihajati kitorang lupa dah.. tak cakap terima kasih kat Tuhan ke apa.."
"kitorang tak praktis agama macam orang Islam yang ada rule yang kena patuhi, kitorang cam aplikasi dalam pendidikan macam tu.. cam sebelum makan cakap ITTADAKIMASU.. wat baik dengan semua orang dsb"


Ini semua yang berlaku sekitar sekolah jer, bila gi jalan2..
pengalaman solat celah tangga, mana2 tempat yang lapang, tersorok..
tiba2 borak dengan makcik dok sebelah dalam keretapi pasal Israel Palestine 
ada yang kemukakan soalan tentang Islam dan sebagainya..


Sesungguhnya, memang banyak pengalaman berharga bila berada di negara asing...
Yang mana membuatkan kita berfikir..








*p/s: Ana nak cuba kupas apa yang ana nampak dari pengalaman Ana pada entry yang seterusnya.. Insya-Allah

Tuesday, July 10, 2012

1st P.R.E.S.E.N.T.A.T.I.O.N

Assalammualaikum wbt.


6hb Julai 2012 <--- my 1st presentation


berbanding kawan2 ana yg lain dlm lab tu, ana orang paling lambat dpt taw ape yg ana kene buat, bawah senior sape ana akan buat research nanti..
so I needed to work harder than others, I had 2 weeks to complete, but my friends had more than that..
plus I am not a Japanese, so it was't easy for me to deliver the presentation in Japanese!!


bape banyak kali kene betulkan slide show
bape banyak kali kene betulkan ayat2 yg nak disampaikan time presentation tu nnti...
pukul berapa sampai kat rumah..
makan pun tak teratur..
bayangan tu nampak apa yang ana akan buat tapi tak taw lah ana faham tu betul ke tak..
ana dapat senior yang memang tegas, tapi dia baik jer..
sebagai seorang pelajar asing, ana rasa susah nak paham sikit apa dia cakap sebab dia cakap macam tak bukak mulut pun.. 
sensei yang jadi ketua group kitorang ni pun cakap laju kalah bullet train, kalau ketua lab pun kadang2 tak paham apa yang dia cakap, inikan lagi ana plak..
pastu senpai ada tunjuk tulisan sensei tu kalau betulkan yang salah atas kertas, sumpah tak paham!!! macam cacing jer tulisan..
senpai yang jaga ana tu dah memang agak ana tak paham, so dia risau, dia dan senpai ana lagi 2 orang akan sama2 bantu ana nanti by the time untuk tulis thesis..





btw, 5hb ana ada practice dulu ngan lagi 2 orang kawan ana.. kene present depan senpai2 yang jaga kitorang..
masa tu ana not well prepared lagi..
walopun kawan ana sorang tu tak sehat, ana mnx dia present dulu so ana jadi yg terakhir..
ble sampai masa ana present.....
kepala jadi blank!!!!
tak ingat ape dah yang ana perlu cakap..
ayat terus berterabur!!!
kawan2 ana tadi 4/5 min present ana 8 min!!!
down giler!!! rasa nak nangis.. T__T
kawan2 ana present tadi, senpai2 tegur itu ini tanya soalan..
tp masa ana, nampak sangat diorang bagi muka ngan ana..
bersimpati dengan ana..
diorang cakap lepas ni kalau lancarkan lagi ok jer ni...
soalan pun tak tanya sangat..
hadoi yai!! memang dah bertakung lah air mata ana..
selamatlah sempat tggu sampai habis..
habis jer terus gi toilet nangis puas2!!! rasa down giler!!!


but, Alhamdulillah..
bila pada hari yg sebenarnya, ana dapat buat dengan baik..
ana orang ke 8 dari 9 orang present, punyerlah lama menahan debar kan..
tapi berkat malam nya dapat semangat dari parents, doa yg telah Allah makbulkan..
Ana dapat sampaikan walopun ada 1 ayt jer terlupa tapi takpe point yg tak berapa penting..
dalam hati tenang, tak gabra sangat, keep in mind yang dengar tu sume orang yg kite dah kenal, tak perlu untuk rasa gentar..
rasa gembira dan bersyukur sangat, soalan yang diterima pun memang ana tak taw jadi memang senpai ana yang jawab kan..
sensei2 ngan senpai berdebat ana kat depan berdiri sambil cuba memahami apa yang mereka bahaskan..
such an experience.. the 1st step towards completing my final year ^__^






*p/s: rasa lega dan tersenyum bila senior dan kawan2 ucap tahniah atas kelancaran presentation ana.. syukur ya Allah! teringat saat2 jadi pemidato sekolah.. bak kata ayah, jika masa itu baru berumur 16/17 tahun sudah mampu berhujah depan orang ramai, inikan pulak umur dah nak menjejak 23 tahun, seharusnya lebih matang

Monday, July 9, 2012

B.E.R.L.E.P.A.K.A.N

Assalammualaikum wbt.


Fuh! Fuh! Fuh! tiup habuk jap... hihi
Rasa lama giler tak bukak blog ni, ni kan pulak update... lagilah lama...
(ada orang kisah ke plak ko update ke tak blog ko ni ana ooooi! ko baca sendiri lah..boooo!)


Almaklumlah dah tahun akhir ni memang gaya busy lebih sikit.. 
dok kat lab baca itu baca ini, buat itu buat ini...
sampai rumah pun dah malam..
tapi 28/29hb 6 hari tu, senpai ngan sensei takde!!! Diorang ada program..
HowYeah!!!!
apa lagi! batch ana dalam lab tu pun rancang jugak program untuk kitorang2...
tengah hari 28hb tu diorg gi main boling... ana takpat join sebab ada kelas.. (naaaaak main gak!!!)
so ana join diorang start petang.. kitorang gi makan..






pastu selepas pulang dari makan kitorang balik lab balik..
diorang bawak Wii, PS3,trump...
hajat hati diorang ni nak maen game kat TV besar kat lab tu, tapi malangnya... takde speaker..
ana tengok je lah diorang2 ni main..
sebab kitorg sume ade 9 orang jadi, bahagi kepada 2 group..
1 group main game kt pc, 1 group lg main mahjong.. ana????
ana jadi penyokong kat group yg main PS3 tu, ana bagi pilihan kat diorang untuk pilih team bola mane..
yerlah ana sorang jer perempuan kan... susah lah nak main sekali walopun diorang layan ana baik jer..
pastu diorang ajar ana main bola kt PS3.. 
orang tak pernah main game kan.. mane lah ana taw camne nak main.. kawan ana tu banyak kali bagi can.. 
dorang sambil2 main tu minum arak.. ana minum air green tea jerlah...
kul 10 ke 11 camtu ana balik lah rumah tapi diorang stay sampai sok paginyer..
diorang bermalam kat lab..





sok paginyer ana datang, rase heaven giler!!!
takde orang langsung!! juz ade setiausaha lab jer 2 orang, tapi sebab diorang perempuan gak so I didn't mind..
ape lagi, ana pasang TV Malaysia kat laptop kat meja ana..tak pakai earphone, bukak speaker!
meymey seghonok!!!
beli makanan, cekedis banyak2 kat Co-Op..
wat kerja pun dengan senang lenang tanpa hiraukan pandangan senpai2..
pastu betulkan tudung pun dengan selamberrrr kat meja sendiri, tak pergi toilet pun..
betul punyer betul..
tetiba!!!!!!
senpai2 ni balik!! masuk bilik!!!
aaarrrrggggggghhhhhhhh!!!!!!!!!
gelabah giler ana!! tak sempat jawab pun 'salam' senpai ana yang baru balik tu..
ana terus bergegas keluar gi toilet betulkan tudung...
terus rase down!! arrggghhh dah tak bebas lagi dah... T__T


walopun begitu, bila masuk balik lab, dengan lagak tak berlaku apa2 tadi...
ana pun dok balik kat meja dengan gaya nak sambung wat kerja sendiri..
tetiba senpai datang kat meja dan menyerahkan 2 plastik beg..
oh yeah!!!!
senpai group vacuum belikan ana ole2!!









*p/s : aritu diorang gi tokyo pun beli kan oley2 skytree tapi ana gi job fair aritu tak belikan ape2 pun untuk diorang..rasa bersalah giler..padahal tu sunnah Rasulullah kot...orang Jepun ni banyak betul mengamalkan sunnah Rasulullah..Andainya mereka tahu....