Assalamualaikum wbt
Kali ni mungkin entry yg terakhir daripada buku Imam Hanafi - Pendebat Kebenaran. Ana tertarik untuk mengemukakan tema kali ini iaitu MAKANAN. Jom kita ikuti cerita tentang betapa Imam Hanafi menitik beratkan pengambilan makanan beliau.
Pada suatu hari seorang sahabat baiknya mengajak Imam Hanafi untuk makan dirumahnya.Mereka memasak gulai ikan dengan harapan beliau berselera memakannya tapi Imam Abu Hanifah langsung tidak menyentuh ikan tersebut. Lalu sahabatnya itu bertanya....
sahabat : Mengapa tuan tidak memakan ikan ini? Bukankah halal dan berkhasiat?
I.H : Saya menahan diri daripada memakannya selama 6 tahun. Tempoh itu belum cukup lagi.
sahabat : Mengapa tuan berbuat begitu?
Maka Imam Hanafi pun menerangkan. Beberapa tahun sebelum itu, ramai kecoh tentang kehilangan kambing peliharaan mereka. On the way balik, Imam Abu Hanifah melalui kawasan belukar lalu terdengar suara orang bergelak tawa. Beliau melihat beberapa orang lelaki sedang makan daging kambing panggang, sisa2 dibuang ke sungai.
Selepas melihat kejadian tersebut, beliau bertanya kepada sorang nelayan tentang berapa lamakah umur sekor ikan sejak menetas dari telur ibunya. Jawab nelayan itu, 6 tahun. Oleh sebab itu lah, Imam Hanafi menahan diri daripada makan ikan selama 6 tahun.
Setelah membaca cerita di atas apa yang kita rasa? Selama ini adakah kita menitik beratkan soal pemakanan kita? Walopun kita dok dalam negara yang majoriti Islam, adakah makanan yang dijual di pasaraya2 itu semua yakin halal?
Bukan setakat makanan itu diperbuat daripada sumber yang halal untuk kita risaukan. Bahkan, bagaimana kita dapatkan makanan tersebut (membeli? mencuri? dwet halal?) Banyak perkara yang perlu kita fikirkan.
Apa yang masuk dalam mulut kita sebagai makanan itu akan menjadi darah daging kita. Tubuh badan yang sihat berkaitan ngan makanan. Mungkin sifat malas kita ni datang daripada makanan yang masuk dalam badan kita.
*p/s : dok kat Jepun bila beli barang mesti tengok lable kat belakang tapi kat Msia ana jarang wat. Bila kat negara org berhati2 plih mknn, tp kat Msia cam lepas pandang jer hu5